Assalamualaikum
Iffah mintak maaf kalau tak dapat update blog selalu. Faham-faham sahajalah budak masih bersekolah baru tingkatan 1 jadi Iffah busy dengan pelajaran dan kehidupan Iffah. Lagi-lagi sekarang nie ada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) . Setiap hari pergi sekolah kena jawab peperiksaan. Okay kembali kepada tajuk. Mesti korang nak tahu apa yang betulnya kan ?
Hah ! Dah baca ke dekat atas tu ? betul ke ? Iffah dah lah batch 99's .. so, Iffah kena lalui semua itu lah kan ? sebab dalam gambar tu dia tulis YANG LAHIR 1996 KEATAS. Hurm ..
1.Ambil lesen kereta berumur 21 tahun ke atas.
- Tak terlalu lambat ke ? 21 tahun ? Ada kemungkinan time tu ada yang dah masuk Universiti or Kolej. So, diorang tak boleh nak bawak kereta lah ? Even nak pergi ke Universiti or Kolej ? Kena naik kenderaan awam ? iaitu BAS.
2.PLKN selama 6 sebulan.
- memang Iffah teringin nak masuk PLKN tapi takkan lah sampai 6 bulan ? nanti time masuk kulit putih bila dah keluar dari PLKN kulit dah hitam macam. Lagipun, Ustaz Azhar Idrus kata tak boleh pakai tudung macam budak PLKN sebab nampak bentuk badan. Iffah tahu tujuan PLKN ini diadakan ialah kerana supaya generasi akan datang dapat mempertahankan negara. Tapi kalau mereka hanya hebat dari segi kekuatan dan bukanlah akal pun tak patut jugak. Hurm.
3.Buku ditukarkan kepada bahasa Inggeris.
- What ?! Dah lah kitaorang batch yang pertama start belajar MATH dan SAINS dalam bahasa melayu. Termasuklah batch 96's ni .. Tahu tak menyusahkan ?! Yelah, kitaorang dah biasa dengan Bahasa Melayu. Mula-mula belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu memang lah agak kekok tapi sekarang dah setengah tahun kitaorang biasakan diri dengan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia, anda tak perlulah nak memeningkan kami, Terutama batch 99's. Dah lah kami harus lalui PBS selama 3 tahun berturut-turut. Tak ke pelik awal-awal dulu belajar dalam Bahasa Melayu lepastu kena tukar jadi Bahasa Inggeris. Argh.
4.Sejarah wajib lulus.
- Kalau bab ni Iffah setuju sangat sebab pelajar sekarang tak berapa nak minat sejarah. Pelik. Best apa belajar sejarah. Many people say history is bored. *betulke? Memang lah Sejarah nie kena banyak menghafal, tapi Iffah tengok cikgu Sejarah Iffah okay je .. Jadi tak mustahil lah kan pelajar boleh hafal. Bagi Iffah sejarah menyeronokkan. Tahu tak kenapa kita kena belajar sejarah ? supaya kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada tokoh-tokoh terdahulu. Kita harus ambil nilai murni yang ada pada tokoh-tokoh kita. Supaya peristiwa lalu tidak akan berbuah dua kali. Kita harus pertahankan kemerdekaan negara kita yang sudah mencapai 55 tahun.
5.Telefon bimbit dibenarkan bawak sekolah.
- INGAT! Yang ini BELUM DILULUSKAN oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Iffah tak berapa nak setuju dengan telefon bimbit dibenarkan bawak sekolah sebab kalau difikirkan balik banyak negatifnya berbanding positf. Tapi kalau gadget tu Iffah setuju lah jugak sebab kita boleh ambil gambar dengan rakan-rakan dan guru-guru sebagai kenangan dan merakam peristiwa penting di sekolah. Iffah rasa kalau boleh bawak gadget sepatutnya hanya dibenarkan bawak ketika ada peritsiwa penting.
6.Format SPM akan ditukar.
- Actually, yang ini Iffah tak tahu sangat nak bahaskan. Lagipun Iffah perlu hadapi PBS dahulu. Iffah tak tahu macam mana format SPM sebab tu Iffah tak tahu nak bahaskan macam mana.
Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia saya harap anda pertimbangkan semula undang-undang baru ini. Cuba fikir akibat kepada generasi yang akan menggantikan tempat pemimpin-pemimpin negara sekarang termasuklah tempat anda. Adakah ia membawa ke arah kebaikan atau keburukan?
Sekian,
Coretan dari,
Nur Zarifah.



