Tuesday, 12 February 2013

8 cara bebaskan diri dari tekanan

Assalamualaikum


Kali nie Iffah nak kongsikan 8 Cara Bebaskan Diri Dari Tekanan.  Ini sekadar perkongsian kepada pembaca. Lagipun remaja zaman sekarang ramai yang mengalami tekanan atau stress .. *agakjelaa banyak sebabnya remaja stress .. antaranya, kerana percintaan, pelajaran, ingin penuhi permintaan kedua ibu bapa dan banyak lagi. 

Sama ada gembira atau sedih kita yang menentukannya. Untuk mendapat kegembiraan, kita perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati terbuka. Tidak perlu berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki kerana kita boleh perbaiki kelemahan kita "Practice Make Perfect!" dan kita kena yakin bahawa setiap anugerah Allah S.W.T adalah sempurna.

TANAMKAN PERASAAN SELESA PADA DIRI SENDIRI KERANA KESELESAAN AKAN MEMBUAT DIRI MENJADI LEBIH YAKIN DAN TENANG

Okay, berikut adalah cara-cara bebaskan diri dari tekanan.

1. PILIH UNTUK GEMBIRA
Kita berupaya untuk mewujudkan hari-hari yang gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang positif.

2. SENTIASA BERSYUKUR
Tidak ada kesudahannya jika kita asyik membandingkan diri kita dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknya pula jika kita menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

3. MENJADI PEMAAF
Befikiran negatif, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemaharan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah. Berusaha untuk lupakan peristiwa buruk tersebut dan elak dari mengukitnya semula.

4. LAWAN PEMIKIRAN NEGATIF
Elakkan pemikiran negatif dan cari sifat positif di sebaliknya. Islam juga menggalakkan kita mengamalkan sifat husnul zon iaitu sentiasa bersangka baik dalam apa jua perkara.

5. TAMBAH SAHABAT
Bahagianya jika mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat tentang kita. Ada pakar berpendapat, bersikap individualistik antara punca kemurungan dan tekanan.

6. SENTIASA SENYUM
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Bukan sahaja kita senang hati tetapi mereka juga berpendapat kita seorang yang positif.

7. BERBUAT BAIK
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima gembira. Usah berkira dalam berbuat kebaikan. Yakin pada Allah bahawa setiap kebaikan pasti wujud ganjarannya.

8. BUKAN MENGENAI WANG
Walaupun wang boleh merangsangkan kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

Iffah harap maklumat di atas sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca semua ! :)