Monday, 6 May 2013

Hello MAY !

Assalamualaikum

Sorry for long time not active in this blog . My reason as usual that I already told all of you . Sorry if my english language broken . Atleast I try to improve my english language . *peace

Sekejap je kan dah masuk bulan Mei . Itulah dunia akhir zaman . Setahun dirasakan bagai sebulan . Sebulan dirasakan bagai seminggu . Seminggu dirasakan bagai sehari . Sungguh cepat masa berlalu . Masa tidak pernah tunggu kita tapi kita yang kena kejar masa .


Apa yang anda tahu tentang bulan Mei ? Kalau tanya para pelajar mesti mereka akan jawab "ada peperiksaan pertengahan dan cuti sekolah !" mereka paling bersemangat ketika sebut cuti sekolah lah kan ? Hehe ... Itu salah satunya yang harus berlaku pada bulan Mei iaitu , peperiksaan pertengahan tahun dan cuti sekolah .

Tapi ..... masih terdapat beberapa peristiwa lain yang selalunya kita raikan pada bulan Mei . Antaranya ? Hari Pekerja , Hari Ibu dan Hari Guru . Bagi Iffah , bulan Mei merupakan bulan yang istimewa dalam hidup ini . Hehe .. lagi-lagi bulan ini kan ialah bulan di mana Iffah dilahirkan di dunia ini . ^^V

Tahun ini pulak , pilihan raya (PRU13) juga dijalankan dalam bulan Mei . Nasib tidak dijalankan pada tarikh lahir Iffah . I think who be my friend already known when was my birthday . Iffah belum pasti lagi sama ada nak ada kan party atau tidak tahun nie . Emm ....

Hah , cakap tentang peperiksaan pertengahan tahun . Bagi murid sekolah yang baca blog ini , sekolah anda jalankan peperiksaan pertengahan tahun bila ? Iffah punya sekolah sudah bermula pada minggu lepas tapi hanya form 4 dan form 5 sahaja yang mengambil peperiksaan . Iffah akan duduki peperiksaan pada 13 Mei hingga 15 Mei . InsyaAllah . My mom dah bagitahu saya awal-awal yang dia tidak akan ambil report card saya kalau dapat keputusan yang tidak memuaskan . Huhu ..

Selalunya waktu Hari Guru (16 MEI) para pelajar akan sibuk merancang pelbagai aktiviti untuk dijalankan pada hari tersebut sebagai tanda menghargai jasa guru-guru kita selama ini . Tanpa mereka , kita tidak akan tahu membaca , mengira dan membezakan antara yang hak dan yang batil. ^^

Hari Ibu (13 MEI) diraikan sebagai tanda kita hargai jasa ibu kita yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kita kecil sehingga sekarang . Sesetengah pendapat , Hari Ibu tidak boleh diraikan kerana mengikut perayaan orang barat . Ya , betul . Tapi itu semua bergantung pada niat kita . Yang sewajarnya ialah kita raikan Hari Ibu pada setiap hari . Barulah ibu kita rasa dihargai sentiasa .

Lastly , cuti sekolah . Waktu ini la murid sekolah paling suka termasuk saya di sini .. Hehe ... Dalam otak ni rasa macam-macam aktiviti yang ingin dilakukan waktu cuti sekolah nanti . Yela , peperiksaan pun sudah selesai bukan ? Hehe ....

Itu saja rasanya yang nak Iffah catitkan buat entri kali ini . Sekali lagi , Iffah minta maaf sebab jarang sekali aktif di blog . Harap pembaca memahami tugas saya sebagai seorang pelajar yang harus menghadapi PBS . Hehe ... ^^V

Iffah doakan anda semua dapat menjawab peperiksaan dengan mudah . Jangan lupa untuk doakan Iffah juga . Andai ada usaha pasti ada hasilnya . InsyaAllah . Ma'assalamah Wa Ilal Liqa'

p/s : actually , kalau nak cakap tentang politik boleh je tapi malas la nak cakap tentang politik dekat blog nie . Huhu ...