Friday, 19 September 2014

Hati


Rindu nak menulis . Rindu nak buat coretan .
Curi masa sikit buat coretan dekat sini . Lepaskan rindu .

Hati .
Andai difikir semula , segala perbuatan kita bergantung pada hati . Ya , hati . 
Jika indah hati itu , maka indah juga perwatakannya .
Jika bersih hati itu , maka baik juga percakapannya .
Jika baik hati itu , maka sinar "kebaikan" itu akan terpancar juga dalam dirinya .

Alangkah malangnya jika kita tidak berjaya dalam menjaga hati .
Memang benar hati itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar . 
Tapi ...
Hati itu dapat dirasa .

Orang selalu kata "dia cantik . dia hensem"
Lupakah ? Yang Allah itu tidak lihat hambaNya melalui rupa paras tetapi melalui ketaqwaan kita kepadaNya .
Fikir balik , kita ni perlukan pandangan manusia atau pandangan Allah ?
Mana yang lebih penting ?

------

Hati kita milik Allah . Hati semua manusia milik Dia .
Oleh itu , dalam apa-apa yang berkait dengan hati , mohonlah pada Allah .
Dia yang Memiliki segalanya .

Bila-bila sahaja Allah boleh membolak-balikkan hati manusia.
Dengan itu , mohonlah pada Dia ,
Semoga hati ini tetap dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNya .
Semoga hati ini sentiasa tabah dan sabar mengharungi dugaanNya .

Apapun nak beritahu sahabat yang dikasihi sekalian ,
Jaga diri . Jaga hati . ;))

-------

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR , PT3 dan SPM . 
Maafkan salah silap saya sepanjang kita berkenalan .
*smile*

Saturday, 12 July 2014

Fakta yang perlu anda tahu tentang al-Qassam

Briged Al-Qassam Untuk Dummies.
By; Angel Pakai Gucci
Sesiapa yang mengikuti secara dekat konflik Israel-Palestin yang sedang bergolak buat sekian kalinya sekarang ini pasti akan mendapati sesuatu perkara yang cukup osem dan mengagumkan; keupayaan Briged Izzuddin al-Qassam membuat kejutan demi kejutan dari segi kekuatan dan strategi ketenteraan, bukan sahaja terhadap Israel laknatullah malah terhadap seluruh umat dunia.
Yang terbaru adalah apabila al-Qassam buat pertama kalinya memiliki para tentera amfibia yang menyerang pengkalan tentera laut Israel secara mengejut. Hal ini menyebabkan Israel terpinga-pinga dan tidak boleh tidur malam. Begitu juga dengan roket-roket buatan tangan al-Qassam seperti R160 (Rantissi 160) yang kini sudah berupaya untuk pergi sejauh Haifa, bandar yang paling utara di dalam negara Israel haram laknatullah.
Pergh.
Apa yang lebih mengujakan dan membuatkan ramai yang tergaru-garu kepala adalah apabila kita mengambil kira fakta bahawasanya Ghazzah dikepung dan dihsekat daripada mendapatkan bekalan dari dunia luar setiap masa dan ketika. Tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas kerajaan Hamas menjadikan kehidupan rakyat Ghazzah sengsara dan menderita.
Lantas timbul persoalan, bagaimana Briged al-Qassam mampu memperoleh kelengkapan senjata yang boleh tahan canggihnya dan dapat pula menyusun strategi peperangan yang licik dan hebat?
Untuk menjawab teka-teki teka tekok ular mati dalam mangkok. Eh. Untuk menjawab teka-teki yang bermain di dalam kepala kita itu, terlebih dahulu kita mesti bertaaruf dengan Briged al-Qassam ini. Oleh sebab itu saya mahu berkongsikan beberapa fakta ringkas tetapi saya kira cukup penting dalam kita mengenali Briged al-Qassam dengan lebih dekat.
Anda sudah bersedia? Maaf kali ini tidak disediakan bertih jagung perisa karamel keju mahupon segelas jus oren segar memandangkan kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Eheh.
Fakta #1
Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991.
Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan.
Fakta #2
Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20.
Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama' mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin.
Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu...??
Saya tak mampu. Nanges.
Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam kalangan kaum wanita.
Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur.
Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar 25,000 orang.
Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk berjihad sahaja yang akan dipilih.
Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.
Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut.
Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan kehebatan dan keoseman briged ini.
Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!
Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka.
Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh.
Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!
Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti! Allahu Akbar!
Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah.
Fakta 9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan pada September 2000.
Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
Wajib mempeljari tafsir al-Quran
Wajib menghabiskan bacaans atu juzuk setiap hari (ODOJ)
Wajib menghafal hadith arbai'n
Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat
Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.
Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka! [Kredit]
Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak
Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha.
Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam.
Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?
Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini. Bijak kan? Senyum.
Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:
"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat."
[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]
Lap air mata.
Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.
Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.
Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.
Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.
"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"
-gabbana-
Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui hapdet-hapdet terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada al-Qassam.
Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a'lamin!

Wednesday, 4 June 2014

Perkembangan terkini

Assalamualaikum ,

Laamaanyaaaa dah tak hapdet blog nie . Itulah hakikatnya apabila menjadi salah seorang batch '99 .
Salah satu sebabnya sibuk dengan menjadi bahan ekperimen kementerian . Lagi satu sebabnya , sebab tiada idea yang daebak untuk ditulis dalam blog nie . Hehe ...

2014 antara tahun yang mencabar bagi saya .
Biasalah hidup mesti makin lama makin banyak cabaran kan ? Tengoklah tahun ni , macam-macam berita yang telah diketahui umum . Lets we see :


  • Misteri MH370 (apa cerita sekarang?)
  • Malaysia dilanda fenomena kekurangan air .
  • Kes cadbury ?
  • Pembulian yang berlaku di sekolah .
  • PBS menjadi isu . 
  • Apakah itu PT3 ?

Nak ikutkan banyak lagi rasanya . Tapi Iffah list-kan mana yang Iffah tahu je la ye . 

Misteri MH370 
Pada awalnya dahulu agak terkejut bila dengar tentang berita ni . Memandangkan Iffah antara Family of Malaysia Airlines . Tapi ketentuan Allah kita tak boleh nak tolak kan ? Yang penting sekarang nie , apa perkembangan yang terkini ? Kenapa terus diam membisu ? Mana pergi press conference ? Ke Iffah yang terlepas pandang apa-apa perkembangan MH370 ?

Malaysia dilanda fenomena kekurangan air
Satu musibah yang Allah hantar kepada negara ini . Mungkin musibah nya tidak dilihat seperti musibah yang besar . Tapi jika difikirkan kenapa Allah berikan musibah tersebut ? Pasti ada 'perkara' yang Allah ingin sampaikan . Adakah mungkin kerana negara ini terlalu banyak maksiat yang berlaku ? Adakah mungkin kerana Allah ingin hapuskan dosa yang kita lakukan ? Semoga Allah tidak murka dan sentiasa meredhai negara ini . Allahumma amiin .

Kes cadbury ?
Isu yang paling hangat sekarang ni . Katanya sekarang ini , cadbury disahkan halal oleh JAKIM . Hak masing-masing nak makan atau tidak . Tapi kalau ragu-ragu tak perlula makan . Okay ? Segelintir orang cuba membuat persamaan atau perbandingan antara isu cadbury Vs rokok atau isu cadbury Vs couple .


Ada yang kata "Bila cadbury dikatakan ada DNA khinzir terus menjadi trend di laman sosial , tapi kenapa bila rokok yang disahkan haram tidak menjadi perhatian orang ramai ? malah masih meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu"

Ada yang kata "Apa bezanya tidak makan cadbury kalau tetap berpegangan tangan dengan yang tidak halal ?"

*penggunaan perkataan yang berbeza tapi maksud yang lebih kurang sama*

Tentang pernyataan yang diatas tu , kalau ada yang tersentap ke deep ke , sedarlah bahawa memang perbandingan di atas itu boleh diterima pakai .

Pembulian yang berlaku di sekolah
Ini sebenarnya kes yang biasa berlaku di sekolah-sekolah sama ada sekolah luar negara mahupun dalam negara . Tapi kalau dah kes buli ni sampai nak pijak-pijak anak orang dah kenapa ? Yang terbaru kes buli oleh budak perempuan . Emm , tak tahu la . Tak berani nak cakap lebih-lebih . Tapi yang penting sekarang ni , pilih kawan yang betul dan cuba jadi kawan yang baik . Tau ?

PBS menjadi isu
Pernah sekali PBS menjadi isu di Malaysia . Sebahagian guru di Malaysia kurang berpuas hati dengan cara perlaksanaan PBS yang merumitkan dan menyulitkan kerja guru . Meskipun ada PBS kebaikannya tapi pasti ada kekurangannya juga . Akhirnya kementerian memutuskan guru-guru di Malaysia tidak perlu mengisi data PBS secara online . 

Apakah itu PT3 ?
Mesti akak-akak dengan abang-abang pelik en ? PT3 tuu apa benda ? Penilaian Tingkatan 3 maybe ?
Yang pasti PT3 tidak sama dengan PMR .

Dulu PMR ada objektif .
Sekarang PT3 semua subjektif .

Katanya soalan kami semua berdasarkan KBAT . Ya , memang KBAT . Nak dijadikan cerita waktu PPT yang lepas , kami jawab soalan yang ikut format PT3 . Cuba bayangkan cikgu yang menanda kertas pun kata , soalan kami susah , apatah lagi kami yang masih merangkak-rangkak dalam menimba ilmu ?

Tidak logik bukan seandainya kami perlu jawab soalan berkaitan matapelajaran yang kami belum belajar ? Ya , mungkin kami tahu asas bagi setiap topik tapi kami tidak tahu kompleksnya . Seperti yang kita tahu , pelajaran di tingkatan 1,2,3 merupakan asas bagi pelajaran tingkatan 4 & 5 . 

Emm , tak tahulah nak terangkan macam mana . Yang penting kami ni generasi yang kena 'berfikir di luar kotak' .

KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 

Itu sahaja yang saya ingin bebelkan dalam blog ni . Terima kasih kerana sudi membaca !


Sunday, 12 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum . Allahuma Solli Wassalim 'Ala Saidina Muhammad .

Segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan sedikit masa untuk Iffah buat coretan dekat sini .
Bagaimana dengan kehidupan korang dalam tahun 2014 ? Adakah permulaannya , merupakan permulaan yang baik buat anda ? *ceh

Bagi Iffah , tahun ni adalah tahun yang agak mencabar dan memerlukan ketabahan yang kukuh untuk jayakan segala yang Iffah impikan selama ini . Lagi-lagi tahun ni adalah tahun peperiksaan besar untuk batch 99's . Memang semangat tu kena kental la kalau nak tempuh apa yang bakal berlaku .

Nak seribu daya , taknak seribu dalih
Peribahasa dekat atas tu , walaupun rasa macam klise tapi masih boleh diguna pakai tau untuk zaman macam sekarang ni . ^^


Okay ---

Hanya dalam beberapa hari lagi (lusa) ,  Akan hadir di mana suatu hari yakni hari kelahiran Rasulullah S.A.W  . Hari kebesaran Rasul junjungan kita selama ini ..  Kita sebagai muslim haruslah mengambil insiatif untuk meningkatkan rasa cinta dan kasih kepada rasul . ;)

Jom kita sama-sama berusaha dalam meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasulullah .

Apa yang kita boleh lakukan untuk mewujudkan rasa tersebut ?
- Memperbanyakkan selawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W
- Mengamalkan sunnah-sunnah baginda .
- Meniliti pengorbanan yang telah baginda lakukan .
- Melihat bagaimana rasa cinta sahabat-sahabat Rasul kepada baginda .
- Membaca sirah-sirah Nabi Muhammad S.A.W

InsyaAllah , rasa itu akan hadir dengan sendiri . Cuba kita fikir , andai Rasulullah tiada dalam dunia ini , adakah kita akan menganuti agama Islam ? Andai Rasulullah tidak menyampaikan wahyu kepada ummatnya , adakah kita akan mengenal agama Islam itu adalah agama yang bagaimana ?

Hadirnya Rasulullah dalam kehidupan kita adalah antara nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh Allah . Meskipun kita tidak pernah bertemu baginda , kita wajar memupuk rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah . Hal tersebut kerana , kita adalah ummat baginda . Baginda telah banyak berkorban untuk ummatnya , inilah waktu kita untuk membalas jasa Rasulullah . Sekurang-kurangnya , rajinkan diri kita untuk berselawat kepada baginda . InsyaAllah , kita akan dapat ganjarannya ..

Kita semua manusia biasa , kita semua tidak pernah terlepas dari kesalahan , tapi InsyaAllah andai kita berusaha mendapatkan syafaat baginda di akhirat nanti , kita akan terselamat dari neraka Allah . Biiznillah .

Ma'as Salamah Wa Ilal Liqa' .

Wednesday, 1 January 2014

betulkan niat

Assalamualaikum ,

Maaf kerana mungkin pada tahun yang akan datang , Iffah tak dapat nak update blog selalu . Memandangkan tahun hadapan batch 99's adalah bahan uji kaji , jadi kami semua lebih sibuk dalam makmal . Maaflah andai bahasa ini kasar , tapi itu hakikatnya .

P/s : Iffah bukan update blog ni sebab nak wish happy new year atau seangkatan dengannya . Tapi Iffah cuma nak bagitahu , takut-takut kalau tahun depan Iffah terlampau busy *ceh lagak macam seorang pelajar cemerlang sahaja*

Baru sahaja sebentar tadi , kawan-kawan serta page-page di laman sosial ada share tentang hukum menyambut tahun baru . Yakni tahun baru masihi . Iffah tak berani nak cakap lebih sebab Iffah sendiri belum benar-benar faham tentang hukum yang sebenar . Tapi ini yang UAI (Ustaz Azhar Idrus) bilang .


Kalau korang faham , jemputlah kongsi di ruangan komen . Tak salah kongsi ilmu , bukan ?

Itu sahaja yang Iffah nak cakap , seperti yang korang lihat .. Berkemungkinan wajah blog ini akan berkekalan seperti ini sehingga Iffah mempunyai masa yang terluang untuk kemas kini kesemuanya .

Apapun , Iffah harapkan doa daripada kalian . Doakan kami (batch 99's) agar dipermudahkan segala urusan pada tahun hadapan . Iffah juga doakan kepada anda semua , semoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang lebih baik dari sebelum ini dan semoga apa yang berlaku di masa akan datang , adalah yang terbaik buat kita .

Think positive to get the better life .