Thursday, 17 December 2015

Kata - kata itu

Pada masa yang lapang ini ,
seringkali saya membaca penulisan mereka ,
Hebatnya mereka dalam melakar cerita , menyusun bahasa .
Sehingga apa yang mereka rasa , turut dirasa oleh pembaca .


Menjadikan saya terfikir , bila pula saya akan menjadi penulis seperti mereka ?
Penulis yang setiap bait katanya menyentuh jiwa , dan mengisi rasa .

Pada saya , menulis itu bukan hanya sekadar menaip dan bercerita .
menulis itu tentang jiwa dan rasa yang perlu hadir ketika membacanya .

Tidak mudah untuk menarik minat seseorang untuk membaca apa yang kita tulis ,
tapi saya yakin setiap penulisan yang ikhlas lahir dari hati
akan dapat menyentuh hati yang membacanya .

Tidak kira apa sahaja cerita
mungkin akan saya tuliskan di sini .

Tidak mengkhususkan apa-apa jenis penulisan yang perlu dibaca di blog ini .
Apa sahaja rasa yang ingin saya cerita ,
maka itulah yang saya akan tuliskan .


Ini antara cara untuk saya berbicara dengan mereka di luar sana . Jadi saya perlu menggunakannya sebaiknya .

Apa yang saya tahu ,
menulis juga perlukan ilmu dan pengalaman .
Mana mungkin kita menulis tapi tiada pengetahuan tentangnya .

Jadi di waktu ini , waktu saya mencari ilmu sebanyaknya dan melalui pengalaman yang berharga .

Dan di selang waktu , tempat inilah yang saya akan jadikan medium untuk penulisan saya .

Biarpun tempat ini nampak biasa-biasa sahaja ,
tiada apa yang istimewa .

Tapi saya akan jadikan tempat ini sesuatu yang bernilai dalam hidup dengan menulis pelbagai isi yang boleh dikongsi .

Jika kita berfikir , dan sentiasa berfikir .. Tapi kita tak bertindak .
Apa yang kita fikir itu hanyalah sia-sia sahaja .

Wednesday, 2 December 2015

Masa lapang

Assalamualaikum  
Cepat sangat masa berlalu sekarang ni .
Tahu tahu je dah masuk bulan December .

Em , budak SPM 2015 pun dah habis jawab exam . Tinggal tunggu result je .
Dengar cerita tahun ni , hampir semua kertas ada soalan KBAT ?
Sampai #spm2015 jadi trend dekat twitter .

Macam manalah agaknya bentuk soalan untuk #spm2016 . Mungkin lagi banyak soalan KBAT ?

Haih , rasa lama sangat dah tak tulis dalam blog ni . Sampai idea kembang kuncup je kejap ada kejap tak ada . Kejap rasa nak tulis , lepastu rasa takpelah tak tulis pun takpe .

Apapun , dah buat blog kan , takkan nak biarkan je blog nya macam tuu ...

----------



Suasana baru , buat saya sedar .
Yang saya perlu terima hakikat bahawa hidup memerlukan perubahan .
Tak kira perubahan dari segi persekitaran mahupun personaliti diri kita .
Mungkin juga perubahan pada diri orang sekeliling kita .

Pada awalnya , rasa sukar untuk menerima perubahan .
Tapi dengan cara inilah saya dapat mendidik diri saya untuk belajar terima perubahan .

Memandangkan tahun ini ,
saya perolehi kawan baru ,
suasana sekolah yang baru ,
budaya yang baru ,
serba serbi baharu .
Sehingga saya juga pernah rasa futur untuk cuba meneruskan kehidupan di " dunia baru " .

Alhamdulillah , atas segala yang telah Allah tetapkan .
InshaAllah , saya boleh terima dengan " dunia baru " ini .

Yakinlah bahawa setiap perancangan Dia ada baiknya untuk diri kita .

----------

Di kesempatan masa lapang ini ,
cuba buat persiapan untuk menghadapi tahun hadapan ,
meskipun belum pasti tahun depan masih kita ada .

Dalam hidup ini , ada masanya kita sendiri yang perlu rancang dan ambil berat tentang diri kita kerana dengan mengharapkan orang lain tidak menjamin hidup kita akan menjadi yang terbaik .

Jaga diri cuti sekolah ni ...


Monday, 28 September 2015

Hati yang dirawat

Macam mana nak bangkit , kalau masih ungkit ?
Kisah yang lepas , biarkan berlalu .
Biarkan bukan melupakan .
Sebab bila kau biarkan apa yang dah berlaku ,
Tiadalah istilah sakit hati dan dendam dalam hati kau tu .

Hati . Banyak kali orang sakit hati sebab ?
Sebab perangai manusia lah .

Jadi ,
sentiasa kena ingatkan pada diri sendiri ,
hidup bukan sekadar di sini ,
tapi masih panjang perjalanan di sana nanti .

dan hidup bukan untuk kejar penghargaan manusia ,
tapi hidup untuk mengagungkan Nya .

Sabarlah . Jujur saya cakap , sabarlah ...
Sabar sikit je lagi , kerana sebenarnya apa yang terbaik untuk kau ,
tak lama lagi akan kau miliki .

Hidup dekat dunia ni sekejap je .
Sekarang ni ,
Allah bagi kau peluang ,
nak berubah ke arah kebaikan .

Dah bagi peluang , takkan taknak ambik kan ?
Manfaatkan peluang yang Allah bagi !

Perkara yang paling penting ,
selagi kau masih sandarkan harapan kau kepada Allah ,
dan kau memang yakin Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu tiada yang mustahil bagiNya ,
Maka kau akan kuat dalam hidup ni ,
Biznillah .

Percayalah ,
Allah itu sedang merancang yang terbaiikk buat kau .

" kau "
terasa macam kasar ,
Tapi kadang yang kasar tulah yang menyedarkan .

Saturday, 22 August 2015

Tekad

Assalamualaikum ,
Blog ni seperti sudah diabaikan ,
bagai tiada lagi yang mengambil peduli terhadapnya .


Beri saya masa ,
beri saya peluang untuk perbaiki penulisan saya , peluang untuk saya perkenalkan kepada kamu siapa diri saya dan apa sebenarnya makna kehidupan ini .

Apa yang telah lepas ,
jangan bawa ia di masa hadapan . Biarkan sahaja ia menjadi perkara yang lalu .
Hanya ambil satu perkara dari masa lepas , iaitu pengajaran ia kepada kamu .

Moga suatu hari nanti , blog ini menjadi medium untuk saya berkongsi sesuatu yang mampu membantu kamu . InshaAllah ..

----

Tekad , mulakan hidup baru .
Semangat baru dan azam baru .
Sentiasa perbaiki hati dan diri .
Sentiasa mencari ilmu walau di mana kamu berada .

Tekad , ingin membina pengalaman yang berharga ,
supaya menjadi bekalan untuk hadapi masa depan ,
tak kira di dunia mahupun di ' sana ' .

Tekad , ingin memberi manfaat kepada manusia ,
ingin sebarkan kasih sayang seluasnya ,
kerna kasih sayang Dia terhadapku terlalu luas berbanding kasih yang saya ada .

Tekad .

Sunday, 11 January 2015

New session


Assalamualaikum ^^ Lamaaaa sangat Iffah tak tulis dalam blog ni . Kesian betul dekat blog ni diabaikan . Bukan apa , nak kata sibuk sepanjang cuti sekolah 2014 , takdelah sibuk sangat . Cuma idea nak tulis dalam blog tu macam nak taknak je ada .

Sampai Iffah hampir putus asa nak uruskan blog ni lagi . (hmm) 

Bila difikir balik , rasanya baik jika cuba manfaatkan blog yang Iffah ada ni sebagai medium yang bermanfaat untuk orang lain . Jadi , InshaAllah Iffah akan cuba perbaiki tulisan Iffah dari semasa ke semasa .

Kenapa blog ni tiada perubahan ? 
Sekarang ni dah tak berapa nak rajin edit-edit blog . Bukan tak minat , cuma tahap rajin tu tak sampai-sampai lagi . Tapi macam Iffah kata tadi , InshaAllah Iffah akan gunakan blog ni sebagai blog yang bermanfaat kepada orang lain . Jadi , nak taknak Iffah kena cari masa untuk perbaiki blog ni agar orang selesa nak baca .



Tahun 2015 ?
Seperti yang anda ketahui , umumnya rakyat Malaysia . Tahun lepas (2014) , kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan . Antaranya ;

  • Misteri MH370
  • Tragedi MH17
  • Musim panas (sehingga berlaku catuan air)
  • Banjir yang dahsyat

Allahuakbar . Jika dilihat semua yang berlaku itu , Allah sedang menunjukkan pada kita kuasa Dia . Cuma kita sahaja yang masih leka , lalai dengan fatamorgana dunia ni .

Memang tidak salah mengambil berat hal duniawi tapi biarlah seimbang dengan ukhrawi . Allah dah janji pada hambaNya , siapa yang membantu agama Allah (Islam) , Allah akan bantu dia . Jadi , tiada apa yang perlu dirisaukan jika kita mengangkat martabat agama ditempat yang sepatutnya .

Moga suatu hari nanti , Malaysia akan benar-benar menjadi sebuah agama Islam dengan mengamalkan hukum Allah . Biiznillah .

Pastinya semua orang mengharapkan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya , kan ? InshaAllah , kita sama-sama usaha dalam perbaiki hidup kita .