Sunday, 8 July 2012

Love Rain


Assalamualaikum,
        kali ini Iffah nak cerita tentang drama Love Rain .. Sebelum itu, drama korea semua sweet-sweet kan ? Buat pengetahuan awak, Iffah tak berapa minat dengan K-Pop .. layan tu layanlah jugak tapi Iffah takdelah addict sangat .. hehe .. Tapi Iffah suka Drama Korea .. 

Iffah start tengok cerita ni pada hari ini .. alang-alang internet laju layan je lah kan .. hehe .. 

Hero -> Jang Geun Suk
Heroin -> Yoona (girls generation / SNSD)

Seriously, cerita ni sweet sangat .. jemput lah tengok .. hehe .. Iffah tengok cerita ni dekat SINI .. Free Of Charge .. Tapi Iffah sarankan awak sign up .. boleh tengok drama sampai habis episode kalau tak, boleh tengok separuh je ... Lagipun tak kena bayarkan ? hehe ..

Kita kenalah ambil peluang .. Yelah, CD drama Korea kan mahal-mahal .. Iffah rasa yang paling murah pun RM99.90 .. Betul tak ? Tapi kalau nak lagi murah cari dekat Indon .. Cuma tak origanal je lah .. Hehe .. Asalkan tak tersangkut-sangkut tengok cerita dia kan ? Better kita tengok dekat maaduu.com .. Free Of Charge .. Kelancaran drama terpulang kepada Mr. Internet .. kalau Mr. Internet tak buat hal and happy maka laju lah kelancarannya .. Kalau tidak tersangkut-sangkut ceritanya .. terus hilang mood and feel nak tengok cerita tu .. hehe ..

Itu sahaja yang Iffah nak ceritakan .. Cerita ni memang sweet .. Iffah tak nak cerita tentang sipnosis dia supaya awak tengok sendiri ceritanya .. 

Yang Layan Drama Korea,
Nur Zarifah.

Sunday, 1 July 2012

July, hope you better than June


Assalamualaikum,
          cepat sungguh masa berlau ... belajar tido belajar tido dah masuk bulan Julai dan tahun ini kita akan menyambut bulan puasa atau lebih dikenali bulan Ramadhan pada bulan Julai. Rasa tak sabar pulak nak puasa .. Yelah, time puasa banyak bazar .. dekat sana ada bazar dekat sini ada .. lepastu rambang mata nak beli mana satu makanannya .. hehe .. beli banyak-banyak lepastu tak habis time berbuka .. masuk peti ais makan time sahur ..

Satu je harapan Iffah dalam bulan Julai ni .. Iffah harap kehidupan Iffah lebih baik dari bulan sebelumnya .. Dan Iffah harap Iffah dapat melalu bulan Ramadhan dengan penuh barakah dan keredhaan Allah. Aamiin ..

anyway,
   gambar dekat atas tu Iffah lukis sendiri tau .. cantik tak ? kalau kelakar .. cepat-cepatlah gelakkan .. Iffah tak kisah :) 


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KAWAN-KAWAN
SEMOGA KITA MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH KITA DALAM BULAN RAMADHAN

Yang Menaip,
Seorang gadis yang baru belajar nak lukis doodle.

kata-kata dari seorang remaja yang masih baru mengenali dunia


Assalamualaikum,
          apa khabar awak yang sedang baca entri kali ini? Kalau yang kurang sihat tu cepat-cepatlah cari penawarnya. Kalau sakit hati cepat-cepatlah berzikir InsyaAllah sakit itu akan hilang. Maaf jika sejak kebelakangan ini Iffah jarang update blog. Ada sedikit hal yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah sekarang ia sudah selesai.

Orang selalu kata jadilah diri sendiri daripada menjadi orang lain. Ya, jadi diri sendiri memang best. Tapi kita kena ingat tak semua orang suka dengan attitude kita. So, please be careful. Lets start new life with new adventure. Yeah! Hehe .. 

Zaman Remaja.
Zaman yang menentukan arah hidup kita pada masa akan datang. Zaman ini lah yang paling mencabar sebab remaja ni baru nak kenal dunia. Jika salah pilih jalan, hancurlah hidup kita. Jadi kita kena pandai kawal diri kita agar tidak terjerumus dengan perkara yang tidak berfaedah.

Iffah just nak nasihatkan dekat kawan-kawan pilihlah jalan yang benar dan kawan-kawan kena pandai pilih kawan tau. Sebab kawan ni pengaruh dia kuat. Terutama zaman remaja nie. Selalunya,  remaja lebih banyak luangkan masa dengan kawan berbanding keluarga. 

Kalau kita salah pilih kawan musnahlah hidup kita. Kita pun kena pandai kawal diri kita agar tidak sesat dan lari dari jalan Allah. Ingat kawan-kawan dunia ni hanya sementara sahaja yang kekalnya di akhirat nanti. Ajal maut kita tak tahu bila akan menjemput kita. Kalau Allah panjangkan umur kita bermakna Allah masih memberi kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa kita dan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah.

Sebagai seorang muslim haruslah sentiasa memupuk diri dengan sifat kehambaan kepada penciptaNya. Jadi kita kenalah buat baik di dunia ini sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dekat kita. Ingat ! Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Setiap perbuatan akan dibalas oleh Allah. Kalau buat baik dapat balasan baik. Kalau  buat jahat dibalas setimpal dengan kejahatan yang kita lakukan. 

Allah menguji kita tanda Dia sayang kita. Allah menguji kita juga tanda Dia rindu kita. Kadang-kadang Allah menguji kita dengan kebahagiaan, kadang-kadang dengan kesedihan, dan kadang-kadang dengan nikmat yang Dia kurniakan. Semakin iman kita bertambah semakin susah ujian yang Allah kurniakan untuk kita. 

Apapun Iffah harap kita akan jadi hambaNya yang sentiasa mengadu padanya tidak kira ketika senang atau susah. Iffah lebih rela susah kalau dengan kesusahan itu kita tidak akan lupa pada Allah.

Apapun,
Akhir kata dari Iffah tabah harungi segala dugaan. Pilihlah jalan yang benar dan jangan lupa kawan yang baik.And the last one, Just Be Yourself.