Assalamualaikum,
apa khabar awak yang sedang baca entri kali ini? Kalau yang kurang sihat tu cepat-cepatlah cari penawarnya. Kalau sakit hati cepat-cepatlah berzikir InsyaAllah sakit itu akan hilang. Maaf jika sejak kebelakangan ini Iffah jarang update blog. Ada sedikit hal yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah sekarang ia sudah selesai.
Orang selalu kata jadilah diri sendiri daripada menjadi orang lain. Ya, jadi diri sendiri memang best. Tapi kita kena ingat tak semua orang suka dengan attitude kita. So, please be careful. Lets start new life with new adventure. Yeah! Hehe ..
Zaman Remaja.
Zaman yang menentukan arah hidup kita pada masa akan datang. Zaman ini lah yang paling mencabar sebab remaja ni baru nak kenal dunia. Jika salah pilih jalan, hancurlah hidup kita. Jadi kita kena pandai kawal diri kita agar tidak terjerumus dengan perkara yang tidak berfaedah.
Iffah just nak nasihatkan dekat kawan-kawan pilihlah jalan yang benar dan kawan-kawan kena pandai pilih kawan tau. Sebab kawan ni pengaruh dia kuat. Terutama zaman remaja nie. Selalunya, remaja lebih banyak luangkan masa dengan kawan berbanding keluarga.
Kalau kita salah pilih kawan musnahlah hidup kita. Kita pun kena pandai kawal diri kita agar tidak sesat dan lari dari jalan Allah. Ingat kawan-kawan dunia ni hanya sementara sahaja yang kekalnya di akhirat nanti. Ajal maut kita tak tahu bila akan menjemput kita. Kalau Allah panjangkan umur kita bermakna Allah masih memberi kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa kita dan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah.
Sebagai seorang muslim haruslah sentiasa memupuk diri dengan sifat kehambaan kepada penciptaNya. Jadi kita kenalah buat baik di dunia ini sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dekat kita. Ingat ! Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Setiap perbuatan akan dibalas oleh Allah. Kalau buat baik dapat balasan baik. Kalau buat jahat dibalas setimpal dengan kejahatan yang kita lakukan.
Allah menguji kita tanda Dia sayang kita. Allah menguji kita juga tanda Dia rindu kita. Kadang-kadang Allah menguji kita dengan kebahagiaan, kadang-kadang dengan kesedihan, dan kadang-kadang dengan nikmat yang Dia kurniakan. Semakin iman kita bertambah semakin susah ujian yang Allah kurniakan untuk kita.
Apapun Iffah harap kita akan jadi hambaNya yang sentiasa mengadu padanya tidak kira ketika senang atau susah. Iffah lebih rela susah kalau dengan kesusahan itu kita tidak akan lupa pada Allah.
Apapun,
Akhir kata dari Iffah tabah harungi segala dugaan. Pilihlah jalan yang benar dan jangan lupa kawan yang baik.And the last one, Just Be Yourself.



No comments:
Post a Comment