Assalamualaikum ツ
Sebelum ini kita tidak pernah kenal antara satu sama lain.
Langsung tidak mengetahui kewujudan kamu di dunia ini.
Tapi kini kita ditakdirkan untuk bersua.
Untuk menjalinkan persahabatan antara kita berdua.
Kini riang ria , suka duka, kita kongsi bersama.
Setiap kali bertemu pasti bertegur sapa.
Ku ukirkan kenangan di antara kita agar menjadi sebuah memori yang tidak dapat dilupakan.
Diriku masih belum bersedia untuk menempuhi perpisahan di antara kita.
Kerana terlalu manisnya persahabatan di antara kita.
Ingin ku memberitahu,
yang ku amat menyayangi kamu sebagai temanku.
Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.
Maafkan ku andai berlaku perselisihan faham antara kita,
Maafkan ku andai seringkali ku bersangka buruk terhadapmu,
Maafkan ku andai ku tidak dapat menjadi sahabatmu yang terbaik.
Kerana diriku hanya manusia biasa.
Andai diriku merindui mu,
Semoga kepada Allah tempat ku melepaskan rindu.
Andai diriku menyayangi mu,
Semoga kepada Allah tempat ku mengadu.
*sekadar perkongsian kepada sahabat sekalian*


