Assalamualaikum ♥
Emm, Hye ! Macam mana sesi persekolahan korang bagi tahun 2013 ? okay ? atau BOSAN ? atau frust sebab turun kelas ? relaks dulu .....
Bagi yang kedudukan kelasnya menaik, congrats ! bagi yang maintain, keep it up your work ! dan bagi yang kedudukan kelas dia turun jangan nak frust sampai nak makan pun takde selera. bahaya tuu ... Fikir yang positif okay ?
Mungkin turun kelas sebab usaha kita tak berapa nak berbaloi ? mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita. Kita manusia yang susah nak bersyukur. Selalunya bila Allah uji dengan kesenangan mesti mudah lupa untuk bersyukur . Bila Allah uji dengan kesusahan, kepayahan baru kita nak kembali kepada Dia. Usah kita fikir "sudah terlambat untuk bertaubat," kerana Allah itu Maha Penerima Taubat.
Apapun, jangan mudah lentur semangat untuk terus belajar. Belajar itu wajib sepanjang hidup kita. Meskipun umur kita dah 50 tahun, masih wajib untuk belajar. Belajar itu memang memerlukan pengorbanan , tapi hasilnya pasti tidak akan dijangka oleh kita andai kita ikhlas menuntut ilmu.
Semua manusia yang diciptakan oleh Allah itu pandai. Cuma cara mereka untuk mencapai kejayaan itu berbeza-beza kerana setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing.
Cukuplah coretan ini sampai di sini sahaja.
Biar berkata sedikit asalkan bermanfaat,
Berbanding berkata banyak tapi sia-sia.
Semoga Kalian Yang Membaca Sentiasa Bersemangat Untuk Belajar,
*termasuk penulisnya sekali*
by Nur Zarifah.



No comments:
Post a Comment