Saturday, 29 June 2013

I'm okay with my life now.

Assalamualaikum ,


Hey , hari nie 29 June 2013 bersamaan 20 Sya'aban 1434 Hijriah . Saya rasa dah lama tidak meng-update blog nie . I'm so sorry . Bukannya tidak mahu meng-update blog nie , tapi disebabkan semakin lama semakin banyak assignment yang dibagi oleh pensyarah di sekolah saya . Maaf , sebenarnya bukan assignment ia hanya evidence that we must to do for PBS . 

Tak lama lagi nak PUASA !!! Lagi 9 hari .. *Woaaaaa :O I miss Ramadhan so much . Suasana bulan Ramadhan sangatlah berbeza berbanding bulan-bulan yang lain . Nanti kena bangun pukul 4 lebih , lepastu waktu petang pergi bazaar Ramadhan , malam pulak buat solat sunnat tarawih . Bagi yang sekolah sampai sesi petang tuu mesti dapat balik awal kan ? Dan yang paling nikmat sekali apabila kita dapat merasai kemanisan di sebalik ibadah-ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan . Harapan saya , Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelum ini . Saya rasa anda semua pun mengharapkan yang sama seperti saya bukan ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dia datang dan pergi .....
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita meskipun ia hanya sekecil zarah , pasti ada hikmah yang dapat kita perolehi daripadanya . 

Contohnya :

Pada mulanya , 
kita hanya dikenali dengan nama panggilan . 
Tidaklah serapat mana . 
Hanya sekali sekala pernah tertembung . 

Tapi pada suatu hari , dikau hadir dalam hidupku . 
Hadirmu bagai memberi sinar baru dalam hidupku . 
Pelbagai kisah dikongsi bersama . 
Di mana-mana pasti diriku akan bersamamu . 
Setiap perasaan yang tersimpan di hati akan ku luahkan padamu.

Kini dari hari ke hari ,
hubungan persahabatan kita semakin renggang .
Apabila bertembung hanya senyuman yang dapat dikau ungkapkan
Diriku cuba memahami mu ,
Mungkin dikau sibuk dengan kehidupan mu sekarang ,
atau mungkin .......
Dikau telah jumpa kawan yang lebih baik dariku .
Diriku mula rasa redha dengan apa yang berlaku .

Dan akhirnya dikau pergi meninggalkan ku 
kita seperti tidak pernah mengenali antara satu sama lain
apabila bertembung pasti dikau akan mengalihkan pandangan matamu

Kini baru ku tahu 
dikau hadir untuk menyinarkan hidupku
dan dikau pergi untuk menyedarkanku 
bahawa diriku lebih layak 
mengharungi hidup yang lebih baik dari sebelumnya.

Adakah nukilan di atas menyedihkan atau menggembirakan ? Sedarlah wahai teman , dia datang untuk sinari hidup kita dan dia pergi untuk menyedarkan kita . Usah mengeluh seperti "menyesal kawan dengan dia sebelum ini" "kalau tahu ini akan terjadi , pasti diriku tidak akan menerima dia sebagai temanku" dan pelbagai lagi keluhan yang kita akan kata pada diri kita . Cukuplah wahai teman , cukup untuk menyalahkan dirimu atas apa yang telah terjadi .

Perkara itu sudah pun lepas , sia-sia sahaja andai dikau menyalahkan dirimu tapi dikau tidak pernah bertindak untuk memperbaiki di masa hadapan bagi memastikan yang dikau tidak akan sesali perkara sebegitu lagi , Kini binalah hidup baru , matlamat baru , semangat baru bagi memastikan yang dikau tidak akan sesali pada perkara yang sama lagi.

Kebaikan yang terdapat pada seseorang itu , jadikan ia sebagai teladan.
Keburukan yang terdapat pada seseorang itu , jadikan ia sebagai pengajaran.

No comments:

Post a Comment