Saturday, 5 October 2013

Hipokrit


Satu perkara yang perlu aku ingatkan dekat kamu semua.

Walauapapun,
Pandangan kamu terhadap aku,
Jangan sekali-kali menganggap aku ini terlampau baik
atau katogeri muslimah solehah
Sebab banyak lagi perkara yang aku belum amalkan.
Banyak lagi perkara yang perlu aku dalami.

Walauapapun,
Pandangan kamu terhadap aku,
Aku harap kamu tidak menganggap aku ini
orang yang buruk perikemanusiaannya,
Kerana seburuk-buruk aku,
Aku masih manusia,
Masih mempunyai hati dan perasaan,
Masih mampu berkata-kata dan mendengar.

Oleh itu,
Pimpinlah aku.
Nasihatilah aku.
Biar aku tak leka.
Biar aku tak lalai.
Sebab aku ini manusia.
Aku harus sering dinasihatkan.

Usah hiraukan pandangan aku terhadapmu.
Jika engkau ingin sampaikan nasihat.
Sampaikan sahaja.
InsyaAllah aku terima.

"Aku tidak sebaik yang kamu sangka dan aku juga tidak sejahat yang kamu sangka"

No comments:

Post a Comment