Friday, 22 June 2012

siapakah idola saya ??

Assalamualaikum,
          Apa khabar pembaca yang baik hati ? Iffah harap awak dalam keadaan yang sihat sejahtera dari segi fizikal dan mental. Kalau yang tak berapa nak sihat tu rajin-rajinlah makan ubat ^^ Kalau yang sakit hati tu cepat-cepatlah cari penawarnya.

Kalau nak tahu siapa idola saya teruskan membaca entri kali ini.

sumber dari encik Google

okay, now kenal tak siapa dekat atas tu ? nama dia Oki Setiana Dewi. Dia ni pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Iffah suka tengok dia berlakon dalam cerita tu. Suara dia lembut je ... And dia selalu senyum. Yang Iffah peliknya dia tak penat ke asyik senyum je? Apapun senyuman dia manis sangat. Okay, Iffah jadikan dia idola sebab Iffah teringin nak jadi macam dia ^^ Oki Setiana Dewi adalah idola kedua Iffah, Siapakah idola pertama Iffah? Sudah semestinya Nabi Muhammad S.A.W. Akhlak rasullullah sangatlah mulia. 

Okay kita kembali cerita tentang idola Iffah.
Iffah tengok gambar dia semua bertudung labuh, berbaju longgar Iffah kagum dengan dia. Bila pulak Iffah akan berpakaian seperti dia? Dekat rumah ni ada berapa helai je tudung labuh. Itu pun ada dua tudung bawal yang labuh yang Iffah beli dekat Terengganu baru-baru ni. Murah!!

InsyaAllah,
        Suatu hari nanti Iffah akan berpakaian sepeti Oki Setiana Dewi. Sekarang ni Iffah kena ubah attitude Iffah dahulu. Buat apa tudung labuh, berpakaian longgar tapi attitude sama seperti yang lain? Tapi ustaz kata "sebab diri ni jahatlah pakai kopiah" maksud ustaz ni dengan pakaian yang berlandaskan agama dapat mencegah kita dari maksiat. Yelah, takkan lah pakai tudung labuh baju longgar nak buat maksiat? Tak sepadan kan? Kita akan rasa malu nak buat maksiat beli kita berpakaian dengan mengikut cara Islam.

Sampai di sini sahaja entri Iffah kali ini. Iffah harap awak yang baca entri ni dapatlah pengajaran ^^

Assalamualaikum,
Entri ditaip oleh,
Nur Zarifah.

Wednesday, 6 June 2012

I'm stalker


Assalamualaikum,
               Apa khabar stalker yang comel lagi budiman? Iffah harap awak dalam keadaan sihat sejahtera ..
Iffah tak tahu nape hari ni rajin sangat pergi stalk blog orang and baca .. sehinggakan kawan Iffah yang tengah chat dengan Iffah pun Iffah tak layan .. Sorry sebab anda tidak dilayan dengan mesra oleh saya .. 

Dari blog orang Iffah belajar macam-macam.. Banyak benda yang Iffah dapat.. tak rasa rugi langsung baca blog orang .. ye la dengan blog ni kita dapat kenal seseorang dengan lebih dekat dan dapat menambah pengetahuan lebih mendalam tentang dunia .. Setuju tak ? Kalau setuju pergi beli chocolate yang halal dan makan ... *merepek

Kadang-kadang Iffah jealous dengan blog orang yang cantik lagi comel tu ... Bila lah blog Iffah nak cantik lagi comel seperti diorang. Tapi Iffah tak berapa nak setuju dengan siapa yang guna blogskin XD Lainlah blogskin tu dia buat sendiri .. Memang Iffah tabik lah kan ! Iffah tahu orang yang berblogging ni mesti kreatif macam Iffah kan ? XD Mesti diorang bagus dalam sastera .. hehe ..

Kadang-kadang Iffah jealous dengan entri mereka yang awesome gitu .. ye lah, orang tidak akan boring dengan enti diorang .. Teringin ouh .. Alaa, Iffah still baru dalam dunia berblogging XD Yang ramai followers tu mesti dah lama berblogging kan ?

InsyaAllah,
        I will try the best to make this blog awesome and cute .. 

Tukang Taip dan Tuan Blog,
Nur Zarifah.

Tuesday, 5 June 2012

June


Assalamualaikum,
            Apa khabar pembaca yang baik hati lagi comel ?? Iffah harap awak dalam keadaan sihat sejahtera ..
Kalau yang tak berapa nak sihat tu bawak bersabar .. Allah sedang menguji kesabaran kamu dan Allah ingin menghapuskan dosa kamu sepanjang kamu berada dalam keadaan kurang sihat ..

Sunggu cepat masa berlalu,
            Bangun tidur bangun tidur dah masuk bulan Jun. Orang kata bulan Jun ni kira pertengahan tahun .. Iffah harap bulan Jun lebih baik dari bulan sebelum ini . Ye lah, setiap hari kita mula dengan semangat baru dan azam yang lebih tinggi.


Jangan lupa,
           kita ni umat Islam kena ingat nama-nama bulan dalam Islam. Okay, dalam bulan Jun ni ada pertengahan Rejab dan awal Sya'aban. Cuba tengok dekat gambar tu tak lama lagi nak puasa lah. Siapa yang tak sabar nak puasa sila ambil ais batu dalam peti ais dan makan *kaymerepek* Iffah tak sabar nak puasa. Dalam bulan Rejab ni kita boleh puasa sunat. Pahala dia berganda-ganda. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang puasa sunat dalam bulan Rejab boleh tanya ustaz dan ustazah ataupun search dekat Google. Insya'Allah dapat info selanjutnya. Selain puasa sunat dalam bulan Rejab kita juga boleh puasa sunat dalam bulan Sya'aban. Pahalanya pun berganda-ganda jugak.

Itu sahaja yang Iffah nak kongsikan buat entri kali ini.
Jika ada kesilapan harap dimaafkan.

Tukang Taip dan Edit Gambar,
Nur Zarifah.

kamu dah maju lah ..

Assalamualaikum,
                 Apa khabar gadis yang ayu dan jejaka kacak yang segak ? harap awak berada dalam keadaan sihat sejahtera ..Kali ini Iffah nak update pasal kawan Iffah .. Ye lah, entri sebelum kebanyakannya mengikut emosi ..


AWANZ...

Yeah, 
      itu nama group Iffah dan setiap huruf ada makna tersendiri seperti di atas .. Awak nak kenal diorang lebih dekat ? Nak saya kenalkan satu persatu ? Boleh .. Tunggu kejap ..

AWANZ

Iffah will start from the left ..

The First One,
Wan Nur Izzati.
SBP RAWANG (SEPINTAR).
Tinggi *kalah iffah*.
Pandai.
Happy Go Lucky.
Sopan.
Kenal since year6 but we not in same class.
5A's UPSR.

The Second One,
Nur Amiza Nabila.
SMK PUNCAK ALAM (SMKPA).
Comel.
Pandai. *since year2 dia kelas pertama .. *jelly
Kadang-2 agak crazy.
Kalau belum kenal dia kita akan ingat dia pemalu tapi Diam-diam Ubi Berisi
Happy Go Lucky.
Kenal dia since year2 At Pusat Jagaan Kanak - Kanak Kelip - Kelip Comel. *kitaorang dah macam adik beradik
5A's UPSR

The Third One, *sebelah iffah tu
Nursalsabila Saruni.
SMK PUNCAK ALAM (SMKPA).
Ayu.
Tak Comel tapi Cantik.
Sopan.
Pandai.
Sangat cermat. 
*iffah belajar cermat dari dia*
Kadang-2 agak crazy.
Happy Go Lucky.
Everything secret you can share with her .. she will listen and give you some advice ..
We have meet since year3 and her is my ex-classmates from year3 until year5.
5A's UPSR

The Last One,
Aisyah Umairah. 
*sorry kalau salah eja*
SMKA SIMPANG LIMA 
*tak silah iffah lah*
Sopan.
Cantik and Comel.
Kenal since ??? not sure .. *sorry*
5A's UPSR.

Entri Kali Ini Khas Untuk AWANZ~,
Sorry kalau ada kesilapan,
Tukang Taip dan Tuan Punya Blog,
Nur Zarifah.