Assalamualaikum,
Apa khabar pembaca yang baik hati lagi comel ?? Iffah harap awak dalam keadaan sihat sejahtera ..
Kalau yang tak berapa nak sihat tu bawak bersabar .. Allah sedang menguji kesabaran kamu dan Allah ingin menghapuskan dosa kamu sepanjang kamu berada dalam keadaan kurang sihat ..
Sunggu cepat masa berlalu,
Bangun tidur bangun tidur dah masuk bulan Jun. Orang kata bulan Jun ni kira pertengahan tahun .. Iffah harap bulan Jun lebih baik dari bulan sebelum ini . Ye lah, setiap hari kita mula dengan semangat baru dan azam yang lebih tinggi.
Jangan lupa,
kita ni umat Islam kena ingat nama-nama bulan dalam Islam. Okay, dalam bulan Jun ni ada pertengahan Rejab dan awal Sya'aban. Cuba tengok dekat gambar tu tak lama lagi nak puasa lah. Siapa yang tak sabar nak puasa sila ambil ais batu dalam peti ais dan makan *kaymerepek* Iffah tak sabar nak puasa. Dalam bulan Rejab ni kita boleh puasa sunat. Pahala dia berganda-ganda. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang puasa sunat dalam bulan Rejab boleh tanya ustaz dan ustazah ataupun search dekat Google. Insya'Allah dapat info selanjutnya. Selain puasa sunat dalam bulan Rejab kita juga boleh puasa sunat dalam bulan Sya'aban. Pahalanya pun berganda-ganda jugak.
Itu sahaja yang Iffah nak kongsikan buat entri kali ini.
Jika ada kesilapan harap dimaafkan.
Tukang Taip dan Edit Gambar,
Nur Zarifah.



No comments:
Post a Comment