Friday, 22 June 2012

siapakah idola saya ??

Assalamualaikum,
          Apa khabar pembaca yang baik hati ? Iffah harap awak dalam keadaan yang sihat sejahtera dari segi fizikal dan mental. Kalau yang tak berapa nak sihat tu rajin-rajinlah makan ubat ^^ Kalau yang sakit hati tu cepat-cepatlah cari penawarnya.

Kalau nak tahu siapa idola saya teruskan membaca entri kali ini.

sumber dari encik Google

okay, now kenal tak siapa dekat atas tu ? nama dia Oki Setiana Dewi. Dia ni pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Iffah suka tengok dia berlakon dalam cerita tu. Suara dia lembut je ... And dia selalu senyum. Yang Iffah peliknya dia tak penat ke asyik senyum je? Apapun senyuman dia manis sangat. Okay, Iffah jadikan dia idola sebab Iffah teringin nak jadi macam dia ^^ Oki Setiana Dewi adalah idola kedua Iffah, Siapakah idola pertama Iffah? Sudah semestinya Nabi Muhammad S.A.W. Akhlak rasullullah sangatlah mulia. 

Okay kita kembali cerita tentang idola Iffah.
Iffah tengok gambar dia semua bertudung labuh, berbaju longgar Iffah kagum dengan dia. Bila pulak Iffah akan berpakaian seperti dia? Dekat rumah ni ada berapa helai je tudung labuh. Itu pun ada dua tudung bawal yang labuh yang Iffah beli dekat Terengganu baru-baru ni. Murah!!

InsyaAllah,
        Suatu hari nanti Iffah akan berpakaian sepeti Oki Setiana Dewi. Sekarang ni Iffah kena ubah attitude Iffah dahulu. Buat apa tudung labuh, berpakaian longgar tapi attitude sama seperti yang lain? Tapi ustaz kata "sebab diri ni jahatlah pakai kopiah" maksud ustaz ni dengan pakaian yang berlandaskan agama dapat mencegah kita dari maksiat. Yelah, takkan lah pakai tudung labuh baju longgar nak buat maksiat? Tak sepadan kan? Kita akan rasa malu nak buat maksiat beli kita berpakaian dengan mengikut cara Islam.

Sampai di sini sahaja entri Iffah kali ini. Iffah harap awak yang baca entri ni dapatlah pengajaran ^^

Assalamualaikum,
Entri ditaip oleh,
Nur Zarifah.

No comments:

Post a Comment