*kasut raya Iffah. Suka sangat dengan kasut ni. Bila pakai, dapat menambahkan keyakinan pada diri iffah*
Assalamualaikum,
lamanya Iffah tak update blog ni. Sorry sesangat. Sejak akhir-akhir ni Iffah busy dengan PBS .. Lepastu dengan dah nak periksa akhir tahun ni. Lagilah busy. Ni dah alang-alang duduk depan PC tak tahu nak buat apa. tu yang pergi update blog ni. Sekarang Iffah nak mulakan hidup baru. Hehe ..
"Jangan sedih tatkala Allah mengambil seseorang yang kamu sayangi kerana Allah pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik. Rancangan Allah itu lebih sempurna dari rancangan kita. Allah yang menentukan
segalanya"
Anyway,
apa khabar pembaca yang budiman lagi baik hati ? semoga berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja .. Hurm, terlampau banyak rancangan dalam fikiran Iffah untuk kehidupan Iffah. Tapi Iffah kena lakukannya dengan teratur dan bukan secara terburu-buru. Setiap orang ada impian masing-masing betul atau tidak ? Kalau manusia yang tiada impian bermakna dia tidak mempunyai wawasan. Tak kira lah impian dari apa segi sekalipun. Begitu juga dengan Iffah. Iffah juga ada impian Iffah.
Tapi takkan kita nak biarkan je impian kita tu jadi angan-angan pak jenin ? Jadi kita kena lah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai impian kita. Selalunya Allah tidak akan memberi kehendak hambaNya dengan secepat mungkin. Tapi jika Allah mempermudahkan urusannya itu adalah rezeki dia. Selalunya setiap kali kita nak buat sesuatu pasti Allah uji kita bukan ? Sabarlah menghadapi dugaan kerana pasti ia untuk kebaikan kita juga untuk masa hadapan.
Yang Menaip sambil mendengar lagu,
Nur Zarifah.
*dah macam tulis surat pulak*


No comments:
Post a Comment