Tuesday, 16 October 2012

ukhuwah itu indah jika kita hargainya ♥


Assalamualaikum,
          apa khabar pembacaku yang baik hati ? semoga kalian berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja .. bagi yang kurang sihat jangan lupa cari penawarnya ya .. Kali ni Iffah nak luangkan sedikit masa Iffah untuk kongsi fahaman Iffah tentang sahabat ..  

Setiap manusia memerlukan sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna dan sempurna hanya milik Allah S.W.T. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada diri kita.

Dialah penguat saat kita lemah. 
Menghulurkan tangan saat kita jatuh.
Penghibur saat kita berduka.
Tempat kita kongsi kegembiraan.
Bersama-sama mencapai kejayan dunia dan akhirat.
Iaitu seorang sahabat sejati. ♥

Iffah nak kongsikan kepada kalian Tip Menjadi Sahabat

 Bersahabat kerana Allah SWT.
   Kita haruslah ikhlas dalam menjalinkan persahabatan  Janganlah kawan dengan seseorang kerana kita ingin mengambil kesempatan atas dia. Ataupun janganlah berkawan kerana harta dia, rupa paras dia, atau populariti dia. Lebih indah bila bersahabat dengan ikhlas. Saling bantu antara satu sama lain. Sentiasa ada di sisi ketika susah ataupun senang. 

♥ Berlapang dada
    Kadang-kadang kawan kita tak sedar yang mereka sudah mula berubah dan mula pinggirkan kita. Mula berkata kasar dengan kita. Tapi kita haruslah berlapang dada dan teruskan bersahabat dengan dia. 

 Wujud kefahaman yang sama tentang erti sebuah persahabatan.
    Sesetengah daripada kita masih belum memahami erti persahabatan yang sebenar. Kadang-kadang kita juga masih belum mengetahui cara menghormati sahabat kita. Disebabkan perkara tersebut kadang-kadang berlaku pertelingkahan atau selisih faham dalam persahabatan. Jadi pastikan kita memahami erti persahabatan yang sebenar dan cara-cara menghormati sahabat kita .. Kay ?

Jika ingin mencari sahabat, ujilah dia dengan sesuatu yang boleh membawa kepada kemarahannya. Andai dia dapat bersabar, maka peganglah ia menjadi sahabat. 

 Jika ingin mencari sahabat, ujilah dia dengan kesusahan. Andai dia tetap setia, maka peganglah ia menjadi sahabat.

    
Hurm, 
Iffah sokong dengan ayat di atas .. tapi layakkah Iffah mencari sahabat dengan cara tersebut sedangkan Iffah sendiri belum lagi bersedia jika menghadapi situasi di atas. Adakah Iffah layak menjadi seorang sahabat yang baik ? Apapun itu semua ketentuan Allah. Semoga kita sentiasa dalam golongan sahabat yang baik 

Sekian nukilan dari seorang remaja yang masih baru dalam dunia remaja 
Semoga kita jumpa lagi ye pembaca sekalian .. 

3 comments:

  1. susah nak cari kawan yg sejati ni,serius

    ReplyDelete
  2. Dalam zaman sekarang ni memang susah nak cari sahabat sejati tapi kita boleh berdoa pada Allaha agar kita dikurniakan sahabat sejati :)

    ReplyDelete