Sunday, 4 November 2012

Drama korea ?

Assalamualaikum,
          kali ni Iffah nak cerita tentang drama Korea. Sekarang ni drama Korea semakin popular di Malaysia. Dulu cerita korea yang paling popular ialah Winter Sonata. Ibu kata hero dia kacak. Iffah tak pernah pun tengok cerita tu lagi. Masih belum berkesempatan. Drama Korea selalunya satu episod mengambil masa selama 1 jam - 2 jam untuk habiskan. Lama bukan ? Tapi Iffah selalu tengok drama Korea yang pendek-pendek je episod nya .. Lebih kurang dalam 22 episod paling banyak mungkin ..

Iffah ingatkan drama Korea takdelah sampai beratus-ratus episodnya. Rupa-rupanya wujud jugak setelah diberitahu oleh kakak sedara Iffah yang comel. Yang kelakarnya ayah sedara Iffah dengan satu keluarga dia layan cerita Korea. Sampai dah lama tak tengok berita sebab dari tv tu terbukak sampai tv tu ditutup oleh tuannya asyik siarkan channel Korea je .. huhu ..

Menonton drama Korea bagaikan salah satu hobi bagi Iffah sekarang ni. Hehe .. Sekadar menghilangkan rasa bosan. Iffah selalunya tonton di maaduu.com .. kelancaran cerita bergantung kepada internet. Kalau internet baik hati okay lah .. kalau tak asyik tersangkut je .. Nak tengok melalui DVD akibatnya habislah duit yang telah ku simpan selama ni. DVD yang paling murah pun RM99.90 . Mahal bukan ? Kalau nak murah beli dekat Indonesia. Memang murah !

Di bawah ni drama Korea yang Iffah dah tengok.


Drama korea yang pertama Iffah tengok.
Tajuk :
Hello ! My Lady
Cerita ni kelakar dan romantis.
Cerita ini menceritakan tentang seorang lelaki ingin membeli rumah pusaka yang menjadi milik seorang gadis kampung akan tetapi gadis tersebut tetap ingin mempertahankan rumah pusaka itu. Lama kelamaan lelaki yang ingin membeli rumah tersebut mula jatuh cinta dengan dia. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan rumah tersebut. Adakah dia berjaya mendapatkan rumah pusaka itu ?
Siapa yang nak tengok boleh lah tonton di maaduu.com


Drama korea yang kedua Iffah tonton selepas Hello ! My Lady .
Tajuk:
My Girl
Heroin dia sama dengan cerita Hello ! My Lady
Ceritanya kelakar dan romantis jugak..
Cerita ini tentang seorang gadis yang hidupnya dikelilingi dengan hutang ayahnya. Akibat dia dari keluarga yang susah, pengutip hutang sentiasa mengejar dia. Sehingga suatu hari dia terserempak dengan seorang lelaki yang kaya. Datuk kepada lelaki tersebut sakit tenat dan menyuruh dia mencari sepupunya. Lelaki itu menyuruh gadis itu menjadi sepupunya yang palsu agar datuknya cepat sembuh dan lelaki tersebut akan memberi upah kepada gadis itu. lama kelamaan mereka mula jatuh cinta . Adakah mereka dapat mempertahankan cinta mereka ? apa yang mereka lakukan demi mempertahankan cinta mereka ?
kalau nak tonton, kena cari DVD dia ..


Tajuk :
Playfull Kiss or Naughty Kiss.
Cerita ni romantis . Kelakar ? not sure.
Hero :
Kim Hyun Joong
Iffah tak tahu macam mana nak terangkan sinopsis cerita ni. Takut korang pening. 
Iffah tengok cerita ni dekat 8TV ..


Tajuk :
Marry Me Mary
Genre :
Kelakar, Drama, Romantis
Hero :
Jang Keun Suk


Tajuk :
Love Rain
Genre :
Kelakar, Romantis, Drama
Hero : 
Jang Keun Suk
Heroin :
Yoona SNSD
dalam banyak-banyak cerita Korea yang pernah Iffah tengok cerita ni lah yang paling best. Lagu dalam cerita ni semua best. Tambahan pula, hero dan heroin dia popular. hehe ..


Cerita yang Iffah tengah tengok sekarang.
The Innocent Man.
Cerita tentang seorang lelaki yang tidak bersalah, Sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan diri dia menjadi orang yang bersalah. Cerita ni penuh dengan konflik. 

Cerita yang akan Iffah tengok selepas The Innocent Man, Mungkin cerita To The Beautiful You.


Iffah rasa bagi penggemar novel cinta pasti akan minat juga dengan drama korea kerana kebanyakan drama korea mempunyai genre Romantis. Hehe .. Tapi Iffah bukanlah jenis pembaca novel cinta sebab novelnya tebal sangat dan ibu pun tak bagi Iffah baca novel cinta. Okay, itu saje yang Iffah nak story mory tentang drama korea . 

Kebaikan yang Iffah dapat bila tengok drama korea ialah dapat memperbaiki English Iffah. Yelah, nak tengok drama korea mesti ada subtitle. Subtitle nya pulak dalam English. Jadi kalau tak faham tu rajin-rajin lah kena tengok kamus cari makna. hehe ..













No comments:

Post a Comment