Fuh ! Dah lama tak update or tulis luahan hati ke apa dekat blog ni .
Heh .
Memandangkan sekarang ni , dapat cuti lama . Agak lama laa . Dalam 2 bulan . Lama kot . Macam-macam boleh buat . Tu yang ambil kesempatan nak buat coretan dekat blog ni.
Budak sekolah menengah dapat cuti awal sebab SPM .
Fuh ! Agak kelam kabut jugak la waktu dah nak habis sekolah haritu . Nak settle kan tu lah , nak hantar ini lah . Busy ! Lagak macam seorang boss je . *joke
Kalau kali ni saya buat luahan hati lagi , mesti anda bosan kan ? I know it .
Kepada dak-dak sekolah menengah terutama menengah bawah , cuti sekolah ni korang buat apa je ?
ada yang ambil kerja part time dok ? baguih la aih kalau gitu ceritanya .
Saya ? Cuti sekolah ni buat apa je ? Duduklah dalam rumah ni . Buat apa yang patut . Macam kemas rumah ke , layan drama korea ke , baca novel or buku ilmiah ke , mempersiapkan diri untuk jadi perempuan melayu terakhir ke ? *eh
Cuti-cuti sekolah ni , tengok kawan-kawan lain semua ada aktiviti masing-masing .
Macam busy je aih . Takpe lah .
Nanti kalau ada rezeki , kalau ada jodoh kita jumpa ye ?
Rindu nak habiskan masa sama-sama dengan geng .
Apapun , ingat . waktu remaja ni lah waktu yang patut kita hargai . Ya , mungkin kita rindu zaman kanak-kanak ribena kita , tapi sekarang ni kita dah masuk zaman lain . Sifat keanak-anakan tu kena kurangkan dalam diri . *RemindForMyselfToo Faham awak-awak semua ? Jadi kita kenalah cuba didik diri kita untuk jadi lebih matang untuk hadapi perjalanan hidup .
Matang jangan hanya pada rupa paras ,
Tapi matanglah pada hatinya juga .
Matang jangan hanya pada usia ,
Tapi matanglah juga pada iman kita .
Setiap hari adalah hari baru untuk kita .
Cuba untuk tidak mengulangi kesilapan semalam .
Jadikan hidup kita indah di mata kita dan indah buatNya .
p/s -: Blog ni dalam proses 'touch-up' . Berniat nak jadikan blog ni nampak lebih kemas dan simple . Harap tercapailah niatnya . :)











