Saturday, 24 November 2012

hidup ini penuh dengan drama

Assalamualaikum 

Percaya tak yang hidup ini penuh dengan drama ? Hurm, macam ni .. Cuba kita perhatikan orang yang kita tak berapa nak rapat dengan melihat attitude atau perbuatan dia .. Kita pasti akan dapat menilai dia dengan berfikir secara logik. Tapi sesetengah orang kita akan dapat kenal dia beli kita dah rapat dengan dia .

Iffah just nak nasihatkan.

BUKAN SEMUA ORANG BAIK DALAM DUNIA INI DAN BUKAN SEMUA ORANG JUGA JAHAT DALAM DUNIA INI.

Jadi kita kena berhati-hati .. SETIAP KEPERCAYAAN HARUS ADA SEDIKIT RASA WASPADA agar diri kita tidak kecewa di kemudian hari .. Pelbagai ragam yang terdapat di dunia ni. Iffah baru form1 dah jumpa macam-macam ragam manusia. Apatah lagi bila Iffah dewasa nanti.

SETIAP KALI KEBAHAGIAAN DATANG KITA HARUS BERSEDIA UNTUK MERASAI KESEDIHAN.


Percayalah, setiap kali kebahagiaan datang pasti kesedihan akan cemburu dengan kebahagiaan lalu mengambil tindakan untuk menghalau kebahagiaan tersebut kerana kesedihan itu amat menyayangi kita. Dia selamatkan kita daripada terus terjerumus dalam kebahagiaan yang beracun dan akhirnya akan membawa kepada kepedihan. Tapi sesetengah manusia masih tidak memahami erti kesedihan yang sebenarnya lalu mereka mengejar kebahagiaan dunia dan meninggalkan kesedihan.

Iffah bersyukur bila Allah terbitkan rasa sedih berbanding rasa gembira dalam hidup Iffah sebab Iffah tahu kalau Iffah sering berada dalam kebahagiaan Iffah akan terjerumus dengan nikmat dunia dan terus sesat dengan nikmat-nikmat dunia. Percayalah kebahagiaan itu seperti sebuah buku nota. Jika kita pandai manfaatkanya maka baiklah ia .. Jika kita tidak manfaatkan buku nota tersebut dengan menulis sesuatu yang tidak berfaedah ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

JANGAN TERLALU BERHARAP TAKUT BERAKHIR DENGAN KECEWA.


Hidup ini harus sederhana. Jika kita terlalu mengharapkan sesuatu ia pasti akan berakhir dengan kecewa ini kerana ia telah berlaku beberapa kali dalam hidup Iffah. Lagipun sederhana itu sangat indah. SIMPLE IS NICE.

SELIDIK LATAR BELAKANG DAHULU BARU MENGAMBIL TINDAKAN.

Segmen Follow @ Add by HudaHud Season 2

Assalamualaikum 

Ini first time dalam dunia blogging Iffah join segmen or contest dari blogger-blogger. Sekadar mencuba sahaja. Lagipun nothing to do in this holiday. So, this is the banner for this contest.


I don't know what I can write for this entry. Iffah main tulis je .. hehe .. lagipun Kak Huda tak tetapkan pun nak kena tulis entri tentang apa. Thats all !



Wednesday, 21 November 2012

with ma sunshine ♥

Assalamualaikum 


Hye ! Semalam iaitu hari Selasa 19 November 2012, iffah pergi jalan-jalan luangkan masa dengan kawan lama. Best ! Kitaorang nak tengok wayang cerita Istanbul Aku Datang sebab cerita tu macam best je. 

Pergi lah Paradigm Mall sebab saje je nak tengok shopping mall yang baru .. lepastu dekat sana pun ada wayang, ingatkan nak tengok lah cerita tu dekat sana .. Sekaaaaaaaliiiiiiiiii .... Takdok lah pulak cerita nya .. haduiyy .. Dah lah cerita lain dekat wayang tu semua tak best .. Jadi Iffah mula lah fikir nak cari panggung wayang yang dekat dengan area situ .. kitaorang tak tawaf pun satu Paradigm Mall  .. Anyway, Paradigm Mall tu terletak dekat Kelana Jaya. *just for you information. Nanti korang tertanya-tanya pulak "apa benda lah yang Iffah sebutkan dari tadi nie, tak habis-habis Paradigm Mall." Hehe ..

So, kitaorang ambik keputusan nak pergi Subang Parade. Dekat situ baru je wujud panggung wayang MBO. Harap sangatlah ada cerita Istanbul Aku Datang dekat sana, sekali harapan ku hancur .. huhu .. Nak tengok cerita Ted , 18 above lah pulak .. Hurm, akibat penat nak cari cinema yang lain kitaorang jalan-jalan lah dekat satu shopping mall tu. Lepastu, solat dan makan sekali dekat sana. 

Lepas kitaorang dah puas jejalan dekat SP tu .. Kitaorang cadang nak pergi Space U8 dekat TTDI. Space U8 nie masih baru jugak lah .. kedai pun tak banyak lagi .. Tapi kalau nak tengok wayang, orang selalunya tengok dekat sini. Yang bestnya dalam Space U8 nie ada air pancut .. Kalau korang tak pernah tengok air pancut dalam bangunan boleh lah pergi sini .. Tapi tak boleh mandi lah .. :P 

Ni lah air pancut nya .. hehe .. 

besar tak kipas nie ? hah ! benda nie ada dalam Space U8 tu .. 

Nasib menyebelahi kitaorang, akhirnya dapat jugak tengok cerita Istanbul Aku Datang setelah melawat 3 buah panggung wayang .. wahuahua ..


ingatkan cerita nie romantik je .. sekali ada adegan kelakar jugak .. hehe .. sakit peruk dok gelak dalam panggung wayang tu .. dah lah sejuk .. macam nak beku kan orang dalam panggung tu je ... huh .. Kalau korang nak tahu cerita nie best ke tak, tengok lah sendiri ye .. hehe .. 

Dekat bawah nie gambar-gambar kitaorang ... mesti korang tertanya-tanya dengan siapa lah Iffah jejalan .. dari tadi tak bagitahu pun .. kalau korang nak tahu tengoklah dekat bawah nie ..

Ni gambar kitaorang dekat Paradigm Mall
Dari kanan,
Nur Amiza, Nursalsabila, Iman Izzati, n Me !

Mereka nak beli Famous Amous. Jadi saya tunggu je lah sambil tangkap gambar diaorang. 
Hehe ..

Ni dua kawan yang rapat seperti belangkas. Haih, rasanya kalau dekat sekolah ni mana-mana je mesti diaorang berdua, sampai rumah sukan pun sama. Bagai pinang dibelah dua lah katakan. *takdekenamengenalangsung
Mereka lah besto Iffah yang paling lama Iffah pernah kenal. 
Iffah kenal Amiza since year2.
Salsabila pulak kenal since year3.

Sebelah yang kecik molek tu lah Iman Izz
Dia salah seorang besto Iffah jugak.
Kenal since year6.

Amiza tengah tahan gelak .. hehe .. Comel bebenor budak dua orang nie !

Dua sahabat memilih hidangan yang menjadi makanan buat makan tengahari mereka.

Iman tengah tengok menu .. pilihlah~

Dekat MBO Space U8.

Okay, I think that all that I want to share for this entry. Sorry, If this entry bored for you. They all are my friends and you also my friends. 

Gembira-gembira jugak, sedangkan saudara seislam kita sedang berperang di sana. Sayu hati ini bila melihat penderitaan yang mereka alami. Semoga Allah dapat membalas perjuangan mereka. In Shaa Allah, mereka adalah penghuni syurga Allah. Apa yang kita mampu adalah mendoakan kebaikan buat mereka.

Pak Ali makan nasi dagang,
Tunggulah saya update entri yang baru akan datang. ♥







Monday, 12 November 2012

I wish I could have my own camera

Assalamualaikum,
          nak tanya khabar korang ke ? rasanya tak perlu lah kan .. korang mesti macam "setiap kali baca blog Iffah nie mesti tanya khabar, awat dia baik hati sangat nak tahu khabar pembaca dia" "dah macam tulis surat dah Iffah nie, sampai tanya khabar bagai" hehe .. kay, I will straight to the point !

Korang mesti pernah rasa pegang kamera kan ? tipu lah kalau tak pernah. Sedangkan handphone sekarang pun kebanyakannya dah ada kamera. Lagi-lagi handphone yang mahal-mahal tu yang sampai beribu-ribu. Korang ada kamera sendiri tak ? Hebatlah kalau umur baru belasan tahun dah ada kamera sendiri, laptop sendiri or notebook sendiri, memang keluarga yang kaya lah kan?

Iffah dulu pernah merasa jugak ada kamera sendiri tapi lepas ayah pinjam terus rosak. Lagipun kamera Iffah tu style lama tahun 2002 punya. *agakje Jadi sekarang nie Iffah pinjam kamera ayah je lah kalau nak tangkap gambar, lagipun ayah jarang guna kamera dia. Sekarang nie dah teringin pulak nak ada kamera sendiri balik. Huhu .. Nasiblah. Siapa suruh ayah Iffah turunkan minat dia pada gadget kepada Iffah.

Nak tahu ke kamera yang Iffah idamkan ? Apapun entri nie sekadar share n care. Takde niat lain pung.
Perasaan nak ada kamera DSLR tu mesti lah pernah wujud tapi kalau beli tapi tak faham macam mana nak guna setakat main tekan je, membazir je lah duit beribu-ribu beli DSLR tu. Sebelum ni dah banyak kali nak pergi kursus 'photography' tapi asyik tak jadi .. Sedihh ouhhhh ....

Tapi bagi Iffah dah ada kamera sendiri kira dah cukup lah. Kamera digital pun boleh. :) Iffah nak tunjuk salah satu kamera digital yang comel !


Hah ! comel tak ? comel bukan .. kalau Iffah semestinya Iffah pilih yang warna pink .. hehe .. Kak Yuyu Zulaikha punya warna coklat tu .. Dia bagi nama kamera dia Aaron Aziz disebabkan dia terlampau obses terhadap Aaron Aziz. 


Kak Yuyu pun ada tunjukkan hasil tangkapan gambar dia menggunakan Aaron Aziz kesayangan dia. Nampak cantik je gambar nya . Jenama kamera ni Casio. Kamera nie siap ada tali lagi. Tu yang best tu boleh bawak ke sana sini. 

Ayah Iffah prefer jenama Nikon bila soal kamera nie. Huhu .. Iffah pernah jugak cuci mata tengok kamera-kamera jenama Nikon semuanya cantik-cantik dan setiap kamera ada kelebihan tersendiri. DSLR Nikon yang latest sekarang D5000 lebih kurang macam tu lah. Nikon ada jugak keluarkan kamera digital. Semua bentuknya ber-style. Warna pun menarik perhatian. Yang lagi Iffah suka bila ada warna PINK !

Cuma Iffah rasa bukan sekarang kowt masa yang sesuai untuk Iffah ada kamera sendiri. Cukuplah buat masa nie Iffah pinjam ayah Iffah punya dulu. 

Bersabarlah dahulu, pasti ada hasilnya di kemudian hari.

Iffah memang minat 'photography' tapi cita-cita Iffah bukan 'photographer' . Sekadar hobi pada waktu lapang. Iffah memang minat benda-benda yang berkaitan dengan seni nie . Hehe ... Iffah suka 'design' tapi cita-cita Iffah bukan 'designer' .. 

Iffah suka tangkap gambar supaya dapat dijadikan kenangan. Buat pengetahuan korang Iffah memang suka gadget. Hehe .. Selalunya sekadar cuci mata je bila nampak gadget-gadget nie sebab duit takdok dalam poket nak beli macam mana. Cukuplah sekadar berangan je. Hehe .. Okay lah .. Itu saje yang Iffah nak kongsikan.

Assalamualaikum,
Yang Minat Pada 'gadget',
Nur Zarifah.


Sunday, 11 November 2012

Awal Muharram.


Assalamualaikum,
          apa khabar ? hope korang okay dan happy je dengan kehidupan korang yang sekarang nie. Maaf dipinta kepada anda yang membaca kerana jarang update blog nie walaupun sedang cuti sekolah. Nak ikutkan sebenarnya, cuti sekolah start minggu nie. Yang minggu lepas tu kitaorang cuti sebab budak SPM tengah berperang dekat dewan peperiksaan, disebabkan guru-guru takut kitaorang tercedera tu yang kitaorang dicutikan. *menipu lebih*

Minggu nie ada banyak event lah. Actually, tkde lah banyak mana pun sebenarnya. hehe .. Cuma ada dua perayaan. Iaitu Perayaan Deepavali dan Maal Hijrah/Awal Muharram. Selalunya kalau ada perayaan Deepavali mesti kat tv satu hari tu cerita india je. Tak ke bosan ? huhu ... Ayah tak cuti pun masa perayaan Deepavali nanti sebab katanya ada meeting mak saleh mana ntah yang buat .. huhu .. Patutlah tak balik kampung. Rasanya kalau takde apa-apa mesti ayah dah ajak balik kampung. Perayaan Deepavali disambut pada hari Selasa, selang satu hari dari perayaan tersebut ada sambutan Maal Hijrah iaitu bersamaan 1434H. Subhanallah, dah nak masuk tahun baru.

Korang semua dah ready ke nak sambut Maal Hijrah nie atau dikenali juga sebagai Awal Muharram ? Sebenarnya berlaku suatu peristiwa di sebalik sambutan Maal Hijrah dan terdapat iktibar serta pengajaran di sebalik peristiwa yang berlaku. Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa dengan sia-sia bahkan ada pengajaran untuk dijadikan panduan umat Islam.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf: 111)

Maal Hijrah merupakan salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah (dikenali sebagai Yathrib pada suatu ketika dahulu) yakni berlaku pada tahun  622 Masihi. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran agama Islam dan menyelamatkan umat Islam pada ketika itu dari ancaman orang Quraisy. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad SAW mengembangkan agama Islam dengan aman. (Ini antara sedikit sebanyak yang Iffah dapat kongsikan tentang peristiwa yang berlaku disebalik peristiwa Awal Muharram)

Apa iktibar yang kita dapat ambik dari sini ialah hijrah. Hijrah mempunyai dua pengertian iaitu hijrah secara fizikal iaitu dari suatu tempat ke suatu tempat, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan RasulNya. Perkataan hijrah mengandungi elemen 'dari' dan 'ke' atau 'daripada' dan 'kepada'. Contohnya, daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah. Daripada berharap selain Allah kepada berharap hanya kepada Allah. Daripada buruk kepada yang baik. Daripada yang baik kepada menjadi lebih baik.

Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.

Maka hijrah yang dituntut pada zaman kini ialah:

1 Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas.
  
  Sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya  berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

hadis ini menerangkan bahawa tidak ada hijrah selepas pembebasan Makkah melaikan jihad dan niat.

*Fathu Makkah diatas bermakna pembebasan Makkah yang telah dikembalikan ke tangan umat Islam.

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. (Kiamat)

Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis di atas menerangkan hijrah mempunyai dua unsur. Unsur yang pertama ialah kita meninggalkan kejahatan dan unsur yang kedua ialah kita berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Hijrah tidak akan terputus selagi taubat masih diterima. Peluang taubat hanya akan diterima sehingga matahari terbit dari barat iaitu tanda-tanda nya kiamat. Setelah wujudnya matahari terbit dari barat, maka tiada lagi peluang bagi kita untuk bertaubat dan amalan yang kita ada itu sahajalah yang menjadi bekalan buat kita di akhirat nanti.

Huraian, contoh bagi taubat nasuha ialah mencuba sedaya upaya tidak mengulangi perbuatan yang telah kita insafi sebelum ini. Kita boleh memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik.

3. Memberi sedekah atau zakat.

Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),

“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),

“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”

Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, “Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah.

Maaf Iffah kurang faham dengan hadis di atas. Jadi Iffah tidak dapat memberi huraian.

Apa sebenarnya yang ingin Iffah sampaikan di sini ialah cuba untuk berubah diri kepada yang lebih baik selagi Allah masih memberi kita peluang. InsyaAllah, kita sama-sama jadikan ia sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Segala kesalahan dari kata-kata yang telah Iffah tulis harap dimaafkan. 

Semoga kita menyambut Awal Muharram dengan menghijrahkan diri kita kepada yang lebih baik.

Yang Baik Itu Datang Dari Allah, Yang Buruk Itu Datang Dari Saya Sendiri.

*sumber: blog-blog yang dicalonkan oleh Mr. Google*

Terima kasih kerana sudi membaca. Harap ia bermanfaat buat kalian semua. 






Monday, 5 November 2012

Happy School Holiday !

Assalamualaikum,
          apa khabar ? semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera *dah macam tulis surat dah pulak* kalau yang kurang sihat tu jangan malas cari penawar nya ye .. hehe .. yang sihat jangan lupa untuk bersyukur.

Pejam celik , pejam celik dah masuk bulan November. Awal bulan Novermber yang lepas iaitu 1.11.2012 telah berlaku satu peristiwa iaitu menyambut Kelahiran Ayah Kesayangan Iffah yang lahir pada tahun 01.11.1966. Pergi kedai cari kek utk ayah. Ingatkan kek Tiramisu .. teringin lah jugak nak rasa kek Tiramisu sekali bila rasa , rasa dia macam kek Capuchino. Hurm .. *sorry lari tajuk sekejap*


kek yang disangka Tiramisu tapi malangya bukan Tiramisu tapi Capuchino


Akibat tahun ni Peperiksaan SPM dijalankan sedikit awal dari tahun sebelumnya, budak sekolah menengah mendapat cuti lebih awal berbanding sekolah rendah. Huhu .. Tapi yang kasihannya batch 99's masih belum habis buat PBS. Sedihnya .. jadi kitaorang kena datang sekolah minggu depan untuk siapkan PBS. Tapi kan budak asrama belum balik lagi tau minggu ni .. mungkin minggu depan diaorang balik kowt ..


I just want wish Happy School Holiday to you guys .. Semoga kita isi masa lapang di cuti sekolah ini dengan perkara yang bermanfaat. Hah .. Iffah nak tanya .. Apa aktiviti korang cuti sekolah ni ? Hurm, kalau soalan tersebut ditanya kepada Iffah .. Iffah akan jawab banyak yang dalam perancangan tapi masih belum pasti sama ada akan dijalankan atau tidak.

Selalunya kalau cuti sekolah ni tak sah kalau tak gi berjalan atau melancong dengan keluarga. Tak kisah lah luar negara ke dalam negara asalkan dapat luangkan masa dengan keluarga. Keluarga korang mesti dah rancang nak gi mana-mana kan ? Hehe .. Bagi kawan-kawan Iffah yang nak pergi melancong tu jangan lupa belikan cenderahati untuk Iffah. *tiada paksaan* 

Ada juga kawan-kawan kita yang selalunya setiap cuti sekolah pasti tinggal di kampung. Hehe .. best apa luangkan masa di kampung . Lagi-lagi dengan suasana yang tenang. Lepastu boleh tambah kawan dekat kampung.

Hurm, Iffah rasa itu je kowt yang Iffah nak story mory tentang school holiday. InsyaAllah Iffah akan update di blog tentang aktiviti yang Iffah lakukan pada cuti sekolah kali ini.

Satu pesanan dari Iffah,
Cuti-cuti jugak .. Buku jangan dilupakan .. Isilah masa lapang yang panjang ni dengan perkara yang berfaedah ya kawan-kawan .. 

Assalamualaikum.


Sunday, 4 November 2012

Drama korea ?

Assalamualaikum,
          kali ni Iffah nak cerita tentang drama Korea. Sekarang ni drama Korea semakin popular di Malaysia. Dulu cerita korea yang paling popular ialah Winter Sonata. Ibu kata hero dia kacak. Iffah tak pernah pun tengok cerita tu lagi. Masih belum berkesempatan. Drama Korea selalunya satu episod mengambil masa selama 1 jam - 2 jam untuk habiskan. Lama bukan ? Tapi Iffah selalu tengok drama Korea yang pendek-pendek je episod nya .. Lebih kurang dalam 22 episod paling banyak mungkin ..

Iffah ingatkan drama Korea takdelah sampai beratus-ratus episodnya. Rupa-rupanya wujud jugak setelah diberitahu oleh kakak sedara Iffah yang comel. Yang kelakarnya ayah sedara Iffah dengan satu keluarga dia layan cerita Korea. Sampai dah lama tak tengok berita sebab dari tv tu terbukak sampai tv tu ditutup oleh tuannya asyik siarkan channel Korea je .. huhu ..

Menonton drama Korea bagaikan salah satu hobi bagi Iffah sekarang ni. Hehe .. Sekadar menghilangkan rasa bosan. Iffah selalunya tonton di maaduu.com .. kelancaran cerita bergantung kepada internet. Kalau internet baik hati okay lah .. kalau tak asyik tersangkut je .. Nak tengok melalui DVD akibatnya habislah duit yang telah ku simpan selama ni. DVD yang paling murah pun RM99.90 . Mahal bukan ? Kalau nak murah beli dekat Indonesia. Memang murah !

Di bawah ni drama Korea yang Iffah dah tengok.


Drama korea yang pertama Iffah tengok.
Tajuk :
Hello ! My Lady
Cerita ni kelakar dan romantis.
Cerita ini menceritakan tentang seorang lelaki ingin membeli rumah pusaka yang menjadi milik seorang gadis kampung akan tetapi gadis tersebut tetap ingin mempertahankan rumah pusaka itu. Lama kelamaan lelaki yang ingin membeli rumah tersebut mula jatuh cinta dengan dia. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan rumah tersebut. Adakah dia berjaya mendapatkan rumah pusaka itu ?
Siapa yang nak tengok boleh lah tonton di maaduu.com


Drama korea yang kedua Iffah tonton selepas Hello ! My Lady .
Tajuk:
My Girl
Heroin dia sama dengan cerita Hello ! My Lady
Ceritanya kelakar dan romantis jugak..
Cerita ini tentang seorang gadis yang hidupnya dikelilingi dengan hutang ayahnya. Akibat dia dari keluarga yang susah, pengutip hutang sentiasa mengejar dia. Sehingga suatu hari dia terserempak dengan seorang lelaki yang kaya. Datuk kepada lelaki tersebut sakit tenat dan menyuruh dia mencari sepupunya. Lelaki itu menyuruh gadis itu menjadi sepupunya yang palsu agar datuknya cepat sembuh dan lelaki tersebut akan memberi upah kepada gadis itu. lama kelamaan mereka mula jatuh cinta . Adakah mereka dapat mempertahankan cinta mereka ? apa yang mereka lakukan demi mempertahankan cinta mereka ?
kalau nak tonton, kena cari DVD dia ..


Tajuk :
Playfull Kiss or Naughty Kiss.
Cerita ni romantis . Kelakar ? not sure.
Hero :
Kim Hyun Joong
Iffah tak tahu macam mana nak terangkan sinopsis cerita ni. Takut korang pening. 
Iffah tengok cerita ni dekat 8TV ..


Tajuk :
Marry Me Mary
Genre :
Kelakar, Drama, Romantis
Hero :
Jang Keun Suk


Tajuk :
Love Rain
Genre :
Kelakar, Romantis, Drama
Hero : 
Jang Keun Suk
Heroin :
Yoona SNSD
dalam banyak-banyak cerita Korea yang pernah Iffah tengok cerita ni lah yang paling best. Lagu dalam cerita ni semua best. Tambahan pula, hero dan heroin dia popular. hehe ..


Cerita yang Iffah tengah tengok sekarang.
The Innocent Man.
Cerita tentang seorang lelaki yang tidak bersalah, Sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan diri dia menjadi orang yang bersalah. Cerita ni penuh dengan konflik. 

Cerita yang akan Iffah tengok selepas The Innocent Man, Mungkin cerita To The Beautiful You.


Iffah rasa bagi penggemar novel cinta pasti akan minat juga dengan drama korea kerana kebanyakan drama korea mempunyai genre Romantis. Hehe .. Tapi Iffah bukanlah jenis pembaca novel cinta sebab novelnya tebal sangat dan ibu pun tak bagi Iffah baca novel cinta. Okay, itu saje yang Iffah nak story mory tentang drama korea . 

Kebaikan yang Iffah dapat bila tengok drama korea ialah dapat memperbaiki English Iffah. Yelah, nak tengok drama korea mesti ada subtitle. Subtitle nya pulak dalam English. Jadi kalau tak faham tu rajin-rajin lah kena tengok kamus cari makna. hehe ..