Saturday, 24 November 2012

hidup ini penuh dengan drama

Assalamualaikum 

Percaya tak yang hidup ini penuh dengan drama ? Hurm, macam ni .. Cuba kita perhatikan orang yang kita tak berapa nak rapat dengan melihat attitude atau perbuatan dia .. Kita pasti akan dapat menilai dia dengan berfikir secara logik. Tapi sesetengah orang kita akan dapat kenal dia beli kita dah rapat dengan dia .

Iffah just nak nasihatkan.

BUKAN SEMUA ORANG BAIK DALAM DUNIA INI DAN BUKAN SEMUA ORANG JUGA JAHAT DALAM DUNIA INI.

Jadi kita kena berhati-hati .. SETIAP KEPERCAYAAN HARUS ADA SEDIKIT RASA WASPADA agar diri kita tidak kecewa di kemudian hari .. Pelbagai ragam yang terdapat di dunia ni. Iffah baru form1 dah jumpa macam-macam ragam manusia. Apatah lagi bila Iffah dewasa nanti.

SETIAP KALI KEBAHAGIAAN DATANG KITA HARUS BERSEDIA UNTUK MERASAI KESEDIHAN.


Percayalah, setiap kali kebahagiaan datang pasti kesedihan akan cemburu dengan kebahagiaan lalu mengambil tindakan untuk menghalau kebahagiaan tersebut kerana kesedihan itu amat menyayangi kita. Dia selamatkan kita daripada terus terjerumus dalam kebahagiaan yang beracun dan akhirnya akan membawa kepada kepedihan. Tapi sesetengah manusia masih tidak memahami erti kesedihan yang sebenarnya lalu mereka mengejar kebahagiaan dunia dan meninggalkan kesedihan.

Iffah bersyukur bila Allah terbitkan rasa sedih berbanding rasa gembira dalam hidup Iffah sebab Iffah tahu kalau Iffah sering berada dalam kebahagiaan Iffah akan terjerumus dengan nikmat dunia dan terus sesat dengan nikmat-nikmat dunia. Percayalah kebahagiaan itu seperti sebuah buku nota. Jika kita pandai manfaatkanya maka baiklah ia .. Jika kita tidak manfaatkan buku nota tersebut dengan menulis sesuatu yang tidak berfaedah ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

JANGAN TERLALU BERHARAP TAKUT BERAKHIR DENGAN KECEWA.


Hidup ini harus sederhana. Jika kita terlalu mengharapkan sesuatu ia pasti akan berakhir dengan kecewa ini kerana ia telah berlaku beberapa kali dalam hidup Iffah. Lagipun sederhana itu sangat indah. SIMPLE IS NICE.

SELIDIK LATAR BELAKANG DAHULU BARU MENGAMBIL TINDAKAN.

1 comment: