Assalamualaikum,
apa khabar ? hope korang okay dan happy je dengan kehidupan korang yang sekarang nie. Maaf dipinta kepada anda yang membaca kerana jarang update blog nie walaupun sedang cuti sekolah. Nak ikutkan sebenarnya, cuti sekolah start minggu nie. Yang minggu lepas tu kitaorang cuti sebab budak SPM tengah berperang dekat dewan peperiksaan, disebabkan guru-guru takut kitaorang tercedera tu yang kitaorang dicutikan. *menipu lebih*
Minggu nie ada banyak event lah. Actually, tkde lah banyak mana pun sebenarnya. hehe .. Cuma ada dua perayaan. Iaitu Perayaan Deepavali dan Maal Hijrah/Awal Muharram. Selalunya kalau ada perayaan Deepavali mesti kat tv satu hari tu cerita india je. Tak ke bosan ? huhu ... Ayah tak cuti pun masa perayaan Deepavali nanti sebab katanya ada meeting mak saleh mana ntah yang buat .. huhu .. Patutlah tak balik kampung. Rasanya kalau takde apa-apa mesti ayah dah ajak balik kampung. Perayaan Deepavali disambut pada hari Selasa, selang satu hari dari perayaan tersebut ada sambutan Maal Hijrah iaitu bersamaan 1434H. Subhanallah, dah nak masuk tahun baru.
Korang semua dah ready ke nak sambut Maal Hijrah nie atau dikenali juga sebagai Awal Muharram ? Sebenarnya berlaku suatu peristiwa di sebalik sambutan Maal Hijrah dan terdapat iktibar serta pengajaran di sebalik peristiwa yang berlaku. Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa dengan sia-sia bahkan ada pengajaran untuk dijadikan panduan umat Islam.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf: 111)
Maal Hijrah merupakan salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah (dikenali sebagai Yathrib pada suatu ketika dahulu) yakni berlaku pada tahun 622 Masihi. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran agama Islam dan menyelamatkan umat Islam pada ketika itu dari ancaman orang Quraisy. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad SAW mengembangkan agama Islam dengan aman. (Ini antara sedikit sebanyak yang Iffah dapat kongsikan tentang peristiwa yang berlaku disebalik peristiwa Awal Muharram)
Apa iktibar yang kita dapat ambik dari sini ialah hijrah. Hijrah mempunyai dua pengertian iaitu hijrah secara fizikal iaitu dari suatu tempat ke suatu tempat, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan RasulNya. Perkataan hijrah mengandungi elemen 'dari' dan 'ke' atau 'daripada' dan 'kepada'. Contohnya, daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah. Daripada berharap selain Allah kepada berharap hanya kepada Allah. Daripada buruk kepada yang baik. Daripada yang baik kepada menjadi lebih baik.
Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.
Maka hijrah yang dituntut pada zaman kini ialah:
1 Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas.
Sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”
hadis ini menerangkan bahawa tidak ada hijrah selepas pembebasan Makkah melaikan jihad dan niat.
*Fathu Makkah diatas bermakna pembebasan Makkah yang telah dikembalikan ke tangan umat Islam.
2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. (Kiamat)
Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis di atas menerangkan hijrah mempunyai dua unsur. Unsur yang pertama ialah kita meninggalkan kejahatan dan unsur yang kedua ialah kita berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Hijrah tidak akan terputus selagi taubat masih diterima. Peluang taubat hanya akan diterima sehingga matahari terbit dari barat iaitu tanda-tanda nya kiamat. Setelah wujudnya matahari terbit dari barat, maka tiada lagi peluang bagi kita untuk bertaubat dan amalan yang kita ada itu sahajalah yang menjadi bekalan buat kita di akhirat nanti.
Huraian, contoh bagi taubat nasuha ialah mencuba sedaya upaya tidak mengulangi perbuatan yang telah kita insafi sebelum ini. Kita boleh memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik.
3. Memberi sedekah atau zakat.
Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),
“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),
“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”
Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, “Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah.
Maaf Iffah kurang faham dengan hadis di atas. Jadi Iffah tidak dapat memberi huraian.
Apa sebenarnya yang ingin Iffah sampaikan di sini ialah cuba untuk berubah diri kepada yang lebih baik selagi Allah masih memberi kita peluang. InsyaAllah, kita sama-sama jadikan ia sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Segala kesalahan dari kata-kata yang telah Iffah tulis harap dimaafkan.
Semoga kita menyambut Awal Muharram dengan menghijrahkan diri kita kepada yang lebih baik.
Yang Baik Itu Datang Dari Allah, Yang Buruk Itu Datang Dari Saya Sendiri.
*sumber: blog-blog yang dicalonkan oleh Mr. Google*
Terima kasih kerana sudi membaca. Harap ia bermanfaat buat kalian semua. ♥


No comments:
Post a Comment