Wednesday, 21 November 2012

with ma sunshine ♥

Assalamualaikum 


Hye ! Semalam iaitu hari Selasa 19 November 2012, iffah pergi jalan-jalan luangkan masa dengan kawan lama. Best ! Kitaorang nak tengok wayang cerita Istanbul Aku Datang sebab cerita tu macam best je. 

Pergi lah Paradigm Mall sebab saje je nak tengok shopping mall yang baru .. lepastu dekat sana pun ada wayang, ingatkan nak tengok lah cerita tu dekat sana .. Sekaaaaaaaliiiiiiiiii .... Takdok lah pulak cerita nya .. haduiyy .. Dah lah cerita lain dekat wayang tu semua tak best .. Jadi Iffah mula lah fikir nak cari panggung wayang yang dekat dengan area situ .. kitaorang tak tawaf pun satu Paradigm Mall  .. Anyway, Paradigm Mall tu terletak dekat Kelana Jaya. *just for you information. Nanti korang tertanya-tanya pulak "apa benda lah yang Iffah sebutkan dari tadi nie, tak habis-habis Paradigm Mall." Hehe ..

So, kitaorang ambik keputusan nak pergi Subang Parade. Dekat situ baru je wujud panggung wayang MBO. Harap sangatlah ada cerita Istanbul Aku Datang dekat sana, sekali harapan ku hancur .. huhu .. Nak tengok cerita Ted , 18 above lah pulak .. Hurm, akibat penat nak cari cinema yang lain kitaorang jalan-jalan lah dekat satu shopping mall tu. Lepastu, solat dan makan sekali dekat sana. 

Lepas kitaorang dah puas jejalan dekat SP tu .. Kitaorang cadang nak pergi Space U8 dekat TTDI. Space U8 nie masih baru jugak lah .. kedai pun tak banyak lagi .. Tapi kalau nak tengok wayang, orang selalunya tengok dekat sini. Yang bestnya dalam Space U8 nie ada air pancut .. Kalau korang tak pernah tengok air pancut dalam bangunan boleh lah pergi sini .. Tapi tak boleh mandi lah .. :P 

Ni lah air pancut nya .. hehe .. 

besar tak kipas nie ? hah ! benda nie ada dalam Space U8 tu .. 

Nasib menyebelahi kitaorang, akhirnya dapat jugak tengok cerita Istanbul Aku Datang setelah melawat 3 buah panggung wayang .. wahuahua ..


ingatkan cerita nie romantik je .. sekali ada adegan kelakar jugak .. hehe .. sakit peruk dok gelak dalam panggung wayang tu .. dah lah sejuk .. macam nak beku kan orang dalam panggung tu je ... huh .. Kalau korang nak tahu cerita nie best ke tak, tengok lah sendiri ye .. hehe .. 

Dekat bawah nie gambar-gambar kitaorang ... mesti korang tertanya-tanya dengan siapa lah Iffah jejalan .. dari tadi tak bagitahu pun .. kalau korang nak tahu tengoklah dekat bawah nie ..

Ni gambar kitaorang dekat Paradigm Mall
Dari kanan,
Nur Amiza, Nursalsabila, Iman Izzati, n Me !

Mereka nak beli Famous Amous. Jadi saya tunggu je lah sambil tangkap gambar diaorang. 
Hehe ..

Ni dua kawan yang rapat seperti belangkas. Haih, rasanya kalau dekat sekolah ni mana-mana je mesti diaorang berdua, sampai rumah sukan pun sama. Bagai pinang dibelah dua lah katakan. *takdekenamengenalangsung
Mereka lah besto Iffah yang paling lama Iffah pernah kenal. 
Iffah kenal Amiza since year2.
Salsabila pulak kenal since year3.

Sebelah yang kecik molek tu lah Iman Izz
Dia salah seorang besto Iffah jugak.
Kenal since year6.

Amiza tengah tahan gelak .. hehe .. Comel bebenor budak dua orang nie !

Dua sahabat memilih hidangan yang menjadi makanan buat makan tengahari mereka.

Iman tengah tengok menu .. pilihlah~

Dekat MBO Space U8.

Okay, I think that all that I want to share for this entry. Sorry, If this entry bored for you. They all are my friends and you also my friends. 

Gembira-gembira jugak, sedangkan saudara seislam kita sedang berperang di sana. Sayu hati ini bila melihat penderitaan yang mereka alami. Semoga Allah dapat membalas perjuangan mereka. In Shaa Allah, mereka adalah penghuni syurga Allah. Apa yang kita mampu adalah mendoakan kebaikan buat mereka.

Pak Ali makan nasi dagang,
Tunggulah saya update entri yang baru akan datang. ♥







No comments:

Post a Comment