Monday, 5 November 2012

Happy School Holiday !

Assalamualaikum,
          apa khabar ? semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera *dah macam tulis surat dah pulak* kalau yang kurang sihat tu jangan malas cari penawar nya ye .. hehe .. yang sihat jangan lupa untuk bersyukur.

Pejam celik , pejam celik dah masuk bulan November. Awal bulan Novermber yang lepas iaitu 1.11.2012 telah berlaku satu peristiwa iaitu menyambut Kelahiran Ayah Kesayangan Iffah yang lahir pada tahun 01.11.1966. Pergi kedai cari kek utk ayah. Ingatkan kek Tiramisu .. teringin lah jugak nak rasa kek Tiramisu sekali bila rasa , rasa dia macam kek Capuchino. Hurm .. *sorry lari tajuk sekejap*


kek yang disangka Tiramisu tapi malangya bukan Tiramisu tapi Capuchino


Akibat tahun ni Peperiksaan SPM dijalankan sedikit awal dari tahun sebelumnya, budak sekolah menengah mendapat cuti lebih awal berbanding sekolah rendah. Huhu .. Tapi yang kasihannya batch 99's masih belum habis buat PBS. Sedihnya .. jadi kitaorang kena datang sekolah minggu depan untuk siapkan PBS. Tapi kan budak asrama belum balik lagi tau minggu ni .. mungkin minggu depan diaorang balik kowt ..


I just want wish Happy School Holiday to you guys .. Semoga kita isi masa lapang di cuti sekolah ini dengan perkara yang bermanfaat. Hah .. Iffah nak tanya .. Apa aktiviti korang cuti sekolah ni ? Hurm, kalau soalan tersebut ditanya kepada Iffah .. Iffah akan jawab banyak yang dalam perancangan tapi masih belum pasti sama ada akan dijalankan atau tidak.

Selalunya kalau cuti sekolah ni tak sah kalau tak gi berjalan atau melancong dengan keluarga. Tak kisah lah luar negara ke dalam negara asalkan dapat luangkan masa dengan keluarga. Keluarga korang mesti dah rancang nak gi mana-mana kan ? Hehe .. Bagi kawan-kawan Iffah yang nak pergi melancong tu jangan lupa belikan cenderahati untuk Iffah. *tiada paksaan* 

Ada juga kawan-kawan kita yang selalunya setiap cuti sekolah pasti tinggal di kampung. Hehe .. best apa luangkan masa di kampung . Lagi-lagi dengan suasana yang tenang. Lepastu boleh tambah kawan dekat kampung.

Hurm, Iffah rasa itu je kowt yang Iffah nak story mory tentang school holiday. InsyaAllah Iffah akan update di blog tentang aktiviti yang Iffah lakukan pada cuti sekolah kali ini.

Satu pesanan dari Iffah,
Cuti-cuti jugak .. Buku jangan dilupakan .. Isilah masa lapang yang panjang ni dengan perkara yang berfaedah ya kawan-kawan .. 

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment