nak tanya khabar korang ke ? rasanya tak perlu lah kan .. korang mesti macam "setiap kali baca blog Iffah nie mesti tanya khabar, awat dia baik hati sangat nak tahu khabar pembaca dia" "dah macam tulis surat dah Iffah nie, sampai tanya khabar bagai" hehe .. kay, I will straight to the point !
Korang mesti pernah rasa pegang kamera kan ? tipu lah kalau tak pernah. Sedangkan handphone sekarang pun kebanyakannya dah ada kamera. Lagi-lagi handphone yang mahal-mahal tu yang sampai beribu-ribu. Korang ada kamera sendiri tak ? Hebatlah kalau umur baru belasan tahun dah ada kamera sendiri, laptop sendiri or notebook sendiri, memang keluarga yang kaya lah kan?
Iffah dulu pernah merasa jugak ada kamera sendiri tapi lepas ayah pinjam terus rosak. Lagipun kamera Iffah tu style lama tahun 2002 punya. *agakje Jadi sekarang nie Iffah pinjam kamera ayah je lah kalau nak tangkap gambar, lagipun ayah jarang guna kamera dia. Sekarang nie dah teringin pulak nak ada kamera sendiri balik. Huhu .. Nasiblah. Siapa suruh ayah Iffah turunkan minat dia pada gadget kepada Iffah.
Nak tahu ke kamera yang Iffah idamkan ? Apapun entri nie sekadar share n care. Takde niat lain pung.
Perasaan nak ada kamera DSLR tu mesti lah pernah wujud tapi kalau beli tapi tak faham macam mana nak guna setakat main tekan je, membazir je lah duit beribu-ribu beli DSLR tu. Sebelum ni dah banyak kali nak pergi kursus 'photography' tapi asyik tak jadi .. Sedihh ouhhhh ....
Tapi bagi Iffah dah ada kamera sendiri kira dah cukup lah. Kamera digital pun boleh. :) Iffah nak tunjuk salah satu kamera digital yang comel !
Hah ! comel tak ? comel bukan .. kalau Iffah semestinya Iffah pilih yang warna pink .. hehe .. Kak Yuyu Zulaikha punya warna coklat tu .. Dia bagi nama kamera dia Aaron Aziz disebabkan dia terlampau obses terhadap Aaron Aziz.
Kak Yuyu pun ada tunjukkan hasil tangkapan gambar dia menggunakan Aaron Aziz kesayangan dia. Nampak cantik je gambar nya . Jenama kamera ni Casio. Kamera nie siap ada tali lagi. Tu yang best tu boleh bawak ke sana sini.
Ayah Iffah prefer jenama Nikon bila soal kamera nie. Huhu .. Iffah pernah jugak cuci mata tengok kamera-kamera jenama Nikon semuanya cantik-cantik dan setiap kamera ada kelebihan tersendiri. DSLR Nikon yang latest sekarang D5000 lebih kurang macam tu lah. Nikon ada jugak keluarkan kamera digital. Semua bentuknya ber-style. Warna pun menarik perhatian. Yang lagi Iffah suka bila ada warna PINK !
Cuma Iffah rasa bukan sekarang kowt masa yang sesuai untuk Iffah ada kamera sendiri. Cukuplah buat masa nie Iffah pinjam ayah Iffah punya dulu.
Bersabarlah dahulu, pasti ada hasilnya di kemudian hari.
Iffah memang minat 'photography' tapi cita-cita Iffah bukan 'photographer' . Sekadar hobi pada waktu lapang. Iffah memang minat benda-benda yang berkaitan dengan seni nie . Hehe ... Iffah suka 'design' tapi cita-cita Iffah bukan 'designer' ..
Iffah suka tangkap gambar supaya dapat dijadikan kenangan. Buat pengetahuan korang Iffah memang suka gadget. Hehe .. Selalunya sekadar cuci mata je bila nampak gadget-gadget nie sebab duit takdok dalam poket nak beli macam mana. Cukuplah sekadar berangan je. Hehe .. Okay lah .. Itu saje yang Iffah nak kongsikan.
Assalamualaikum,
Yang Minat Pada 'gadget',
Nur Zarifah.

.jpg)


No comments:
Post a Comment